Pages


Monday, December 31, 2012

Born 16 Years Ago :D

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum. wmt. wbt.

hye. hye. hye. :D
this post may be the last. emm..
tak boleh jangka laa tahun depan rajin atau tak nak update
yang pasti jarang. hee.

eyt, i'm getting bigger.
i just can't believe it that i was born 16years ago!!??
alhamdulillah... semoga umur diberkati. amin.
stepping to the next chapter.
my new resolutions will be.......
belajar pandai pandai
sebab nak jadi pejuang agama Allah mesti kene ada ilmu
jadi yang terbaik di mata Allah
saya nak masuk syurga bersama insan2 yang tersayang
solat di awal waktu
supaya Allah sayang saya sangat sangat :)
bahagiakan keluarga, sahabat dan semua orang
dengan senyuman saya yang comel! hee.
jauhi 5 M :
 menipu, meniru, malas, main mmmmm?
*tak ingat.
dapatkan straight 11 A+ dalam spm
straight 11 A dalam trial spm
cuba untuk turunkan berat badan 'berlebihan'
banyak minum mineral, kurangkan manisan,
amalkan nesvita, rajin ke padang, tiada tidur berlebihan.
belajar rajin rajin selalu
jauhi sifat pemalas tahap syaitan
do everything based on sunnah
nanti insyaallah dapat syafaat daripada rasulullah saw.
sentiasa sabar. sabar. sabar.
em, macam ni laa setiap tahun.
ada yang dapat dicapai, ada juga yang 'cakap je lebih'
hahah! takpe. asal kita usaha.
Allah mesti akan tolong.


insyaallah:)

Forgive and Forget

with the name of Allah 
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum wmt. wbt.


as usual. hye 2013.
em, macam2 yang saya belajar sepanjang 16 tahun yang lalu
suka ketawa ceria gembira manis bahagia
sedih duka pahit perit sakit
bosan normal kosong semua ada.
sudah semestinya kita mengharapkan yang lebih baik kan?
nak tahu?
saya belajar untuk dekat dengan Allah.
letakkan cinta Allah tu tinggi daripada makhluk lain.
saya belajar untuk sabar. sabar. sabar.
saya belajar untuk manfaatkan masa melalui homework.
saya belajar untuk tidak terlalu menyayangi orang lain.
tidak terlalu mengharapkan orang lain.
tidak terlalu bergantung pada orang lain sebab......
akhirnya ia sangat menyakitkan
seriously sangat sangat menyakitkan. fobia.
saya belajar untuk tidak menyakiti hati sendiri 
dengan menyakiti hati orang lain.
saya belajar untuk bahagia bersama keluarga.
saya belajar memasak. hee.
saya belajar untuk jadi rajin. rajin. rajin.
saya belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada.
saya belajar untuk terima hakikat.
saya belajar untuk redha. redha. redha.
saya belajar untuk tidak terlalu cemburu dengan kebahagiaan
orang lain sebab.....
suatu hari nanti kita akan bahagia juga
mungkin lebih bahagia dari mereka. janji Allah itu pasti.
em, mostly banyak saya belajar berkaitan perasaan kan?
yes. sebab perasaan saya dipermainkan.
*bukan kekasih ea. sorry cikit. hee :D
taktahu laa dipermainkan oleh manusia, syaitan atau nafsu.
takpe. saya bukan pendendam. 
saya lebih memilih untuk biarkan saja ia berlalu.
biar kita berpura pura untuk senyum
biar kita pura pura untuk bahagia
akhirnya kita akan tersenyum jugaa sebab Allah sentiasa ada.
now, let me go to the next chapter of my life. :)
and please, don't make me cry again.


*seeking His bless.

Geramm, comel sangat.

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful.
assalamualaikum wmt. wbt.


hye. semalam saya pergi beli barang.
taktahu kenapa asyik terpandang budak kecik jek.
asyik ternampak baby. comel pulak tu.
serious geramm. saya pantang cikit. :D
kalo nampak baby comel mesti rasa nak gigit pipi dia.
lagi lagi kalau dapat yang tembam gilaa, mata bulat
hahah!
em, lambat lagi nak kahwin. 10 tahun lagi insyaallah.
buat masa ni nak focus study. belajar pandai pandai dulu.
and, for your information. 
saya takkan kahwin selagi tak pandai masak.
cukup tak faham, ramai sangat yang dah kahwin awal.
ada yang baru lepas spm. kadang, ada juga yang tak pmr lagi.
ish3. maybe ada laa sebab sebabnya kot. *husnuzhon:)
tapi, pada saya. saya memang taknak kahwin selagi
belum prepare untuk jadi isteri solehah
ceh3. pengajaran daripada buku sebelum aku bernikah
yelaa, siapa yang tak nak isteri solehah, isteri mithali
even saya yang perempuan.
saya yang perempuan ni boleh pandang dua kali
bila tengok wanita yang molek menutup aurat
sopan santun, lembut budi bahasa
pakar memasak dan menguruskan anak juga suami
apatah lagi jejaka jejaka di luar sana ye tak?
em, hopefully i am one of that. amin.


*tajuk lain, cerita lain :DD
berkait. takpe.

Monday, December 17, 2012

Blogger

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum. wmt. wbt.
actually, gambar ni langsung tade kaitan dengan topik hari ni.
excited jumpa gambar ni dekat blog skolah. :D

some people say "leceh buat blog. nak kene update selalu"
"blog dah banyak tp asyik lupa password"
 "tak pandai nak buat blog"
"tak ramai readers laa. give up."
 "blog aku tak style mcm orang lain"
blablablabla....lalalalalala.. hehe.
sejujurnya tade idea nak post ape hari ni.
 tu yg banyak merepek ni.
maaf laa ye. otak serabut. ni luang masa dengan blog kejap.
just nak bagi tahu semua orang,
i'm not a professional blogger yet.
baru sixteen laa katekan. tak banyak pengalaman hidup lagi.
but i'll try the best as can for my readers. ceh! macamlah TOP.
tak minta pun readers ramai-ramai, 
asalkan dapat luah dengan menaip.
apa-apapun thanks sebab sudi follow.
segala salah silap harap maaf. 
kalau perlu perbaiki sila bagitahu ye.
post saya ade yang privasi tp mostly umum untuk semua.
yang penting, doakan saya dapat capai cita-cita saya
sama ada jadi ustazah izzati ke ustazah jiha sedap ea?
atau pun pakar motivasi macam ustazah siti norbahyah
suatu hari nanti. amin, insyaallah. :)

Saturday, December 15, 2012

Ya Allah, Yakinkan Aku.

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful.
assalamualaikum. wmt. wbt.


semalam, saya duduk buat essay. saya ni jenis yang suka menyanyi syok sendiri bila dah bosan. lepas dah tade idea buat essay, habiskan masa dengan semua lagu-lagu maher zain semalam. satu per satu liriknya saya fahamkan. seronok sungguh. pernah dengar kan, lagu paradise by maher zain? pernah dengar dengan teliti setiap liriknya? jika, belum. mari bersama saya. 

i remember when I first met you. i felt that God answered my call. there was that one place i always thought about. and i just wanted to be there with you. the place that no eye has ever seen. the place that no heart has ever perceived. i had a great feeling inside of me. that one day i'll be there with you. and now that we're here feeling so good. about all the things that we went through. knowing that God is pleased with us too. it's not a dream, this is so true. feeling the peace all around. seeing things that we could never imagine. hearing the sound of rivers flow. and we know we'll be here forever. the feeling is indescribable. knowing that this is our reward. do you remember the hard times we went through? and those days we use to argue. but there was not one thing that could bring us down. cause we always had in our mind. i remember us praying at night. and just dreaming about this together. i'm so blessed to have you in my life. and now we can enjoy these blessings forever, paradise.

lagu ini saya dedicate untuk semua sahabat dan kenalan saya serta semua insan yang saya sayangi terutamanya humaira'. kerana lagu ini cukup mengingatkan saya kepada situasi kita humaira'. saya ingat lagi, kita sama-sama mengingatkan diri kita untuk sentiasa yakin dengan syurga Allah. saya teringat korang semua bila saya hayati lirik ni, "do you remember the hard times we went through? and those days we use to argue. but there was not one thing that could bring us down. cause we always had in our mind." kita sama-sama ingatkan diri kita, bila ditindas, dibantah atau dihina dalam berdakwah, kita kene kuat. yakin dengan syurga Allah. kepahitan dalam berdakwah itu menjanjikan kemanisan syurgaNya. betulkan humaira'? walaupun bibir mudah mengucap sabar, pada hakikatnya hatilah yang remuk menderita tetapi itu semua untuk mengecas keimanan kita. 

sahabat semua, bila dihayati surah At-Taubah muka surat 204, ayat 111 membawa maksud : "sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang di jalan Allah, sehingga membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung. " subhanallah! ayat ini juga turut memberi penerangan kepada surah As-Saff muka surat 552 ayat 10 bermaksud : " wahai orang-orang beriman! maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? " 

subhanallah! jadi, inilah dia perdagangan yang Dia tawarkan. saya kongsi satu analogi. contohnya saya berniaga dengan kamu. saya beri kamu sebuah restoran untuk kamu usahakan suka hati kamu secara percuma. kemudian perniagaan kamu sangat berjaya. saya berpuas hati, lalu menghadiahkan kamu beberapa buah hotel untuk kamu usahakan dengan cara kamu sendiri. jadi sahabat, sama juga dengan perdagangan Allah swt. Dia beri kita alam semesta secara percuma dengan peluang untuk kamu usahakan jalan hidup kamu sendiri. peluang hidup untuk beramal soleh dan berbuat kebajikan di atas bumiNya. jika baik amal kita, maka Dia menjanjikan syurga! subhanallah.... pesan kepada semua, apabila kita merasa jatuh dan setiap kali merasa lemah dalam melakukan kebaikan, yakinlah dengan syurga Allah. "Ya Allah, Yakinkan Aku." istighfar banyak-banyak. fikir-fikirkan kembali. hiraukan saja jika kamu ingin lepaskan peluang ini. syukran. 




*seeking His bless  :)

Wednesday, December 12, 2012

Please Sayang Accept The Faith

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum. wmt. wbt.


macam sebelum nie, let the faith fate us better
actually, saya baru kenal yang saya agak susah terima hakikat
apabila kehilangan orang yang saya sayang ataupun
berjauhan dengan orang yang saya sayang
dengan apa yang saya telah alami sebelum2 ni itu adalah hakikatnya
when i say i really love you, i really care about you
that's mean i truly really meant that.
kadang-kadang takut jugak bila terlalu sayangkan someone
tapi akhirnya kita dikecewakan 
*merangkumi sahabat, keluarga mahupun kekasih
ada juga yang berkata pada saya 
"jiha, jangan terlalu sayangkan dia sampai suatu hari nanti 
dia yang paling kau benci"
"dia yang paling kau benci" takut dengar ayat uh.
bila ditimpa dugaan seperti dijauhkan dari orang yang saya sayang
saya agak sukar terima hakikat
mungkin yang sebenarnya saya terlalu pentingkan diri sendiri
terlalu fikirkan perasaan sendiri sampai lupa tentang orang lain
from now, please sayang accept the faith
mungkin betul jugak kot. 
boleh jadi orang yg kita sayang tu, 
bukan sesuatu yang baik utk kita
=.=" maybe, i'll try to accept.
just because you miss someone, 
doesn't mean you need them back in your life. right???
missing is just a part of moving on. cakap memang senang.
tapi hakikatnya, kita kena belajar untuk terima.
because, if you want something you've never had
then you've got to do something you've never done.
hhmm... banyak sangat yang saya belum kenal tentang diri saya.
so, kita senantiasalah koreksi diri
yang buruk perbaiki, yang hebat itu kekalkan!

belajar untuk redha:)

Thursday, December 6, 2012

BAKAL BERPERANG

budak library:)

with the name of  Allah
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum. wmt. wbt.

pantas masa berlalu meninggalkan kita semua
tanpa disedari bertambahlah usia kita
"maka, semakin singkatlah masa menanti spm" right?
yes, that's what i'm talking about.
Nur Izzati Najihah Abd Hafidz bakal jadi calon spm
pejam celik pejam celik dah besar anak ibu
patutnya dah boleh kahwin =.=" gatal~
ahakahakahak!!!
di corong-corong telinga ni dah ramai memberi semangat
untuk berjuang dalam menempah ticket 
ke universiti yang insyaallah menjamin masa depan.
semoga berjaya straight 11A+ spm ea sayang?
insyaallah, segala usaha boleh berjaya.
Jordan, Here I Come!!!

Tuesday, December 4, 2012

Let The Faith Fate Us Better

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful.
assalamualaikum. wmt. wbt.
" it may be you hate something, when it is good for you. and it may be you love something, when it is bad for you. Allah knows and you do not know. " 
that's true. actually, walau berapa lama kita hidup kat dunia ni, belum tentu kita dah kenal siapa diri kita sebenarnya. seriously. cube fikir. seronok bila dapat jumpe segala hikmah yang berlaku dalam setiap dugaan yang menimpa kita. siapa setuju? saya suka mencari hikmah untuk setiap dugaan yang Allah beri. that's why we call Him, Maha Bijaksana. walau macam mana kita merancang hidup kita, Dia adalah sebaik2 perancang. Dia lagi bijaksana, sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita. sebab tu turunnya ayat 216, dalam surah al-baqarah uh. faham betul2. sepanjang saya hidup 16 tahun dekat dunia ni, banyak yang saya belajar. dan saya yakin masih banyak lagi yang belum saya belajar. just wait and see. Allah dah aturkan untuk kita semua. dalam dugaan, perkataan sabar memang mudah sekadar disebut. tapi cuba kita rasa, tahap mane lah sangat kesabaran kita uh? perkataan sabar tu pun kadang2 kita perlu belajar lagi, sebab ia tak semudah yang disangka. Alhamdulillah, saya sedar dan betul2 dapat rasa yang Allah tu memang Maha Bijaksana. kalau sekadar kita lafaz, "Allah Maha Bijaksana" tapi kita tak rasa, tak seronok. kalau kita dapat betul2 rasa, dan ambil iktibar dgn setiap yang kita alami, secara tak langsung kita rasa kemanisan hubungan kita dengan Allah. insyaallah... ingin saya berkongsi juga, satu tips yang saya percaya, memang betul dapat sedarkan diri kita dari leka dengan permainan dunia. sentiasalah ingat mati. bukan ingat macam mana kita akan mati, atau bila kita akan mati. tapi cuba bayangkan (walaupun sukar dibayang oleh kita, mungkin juga takkan terbayang oleh kita) apakah akan terjadi dalam alam kubur nanti? itu baru di alam kubur, belum di padang mahsyar lagi. adakah sudah kita bersiap sedia untuk dihisab Allah nanti? persoalkan diri kita sendiri. seriously, bila saya fikirkan semua itu, buat saya takut sangat. maka, dalam sehari-hari mari kita koreksi diri, perbaiki diri, muhasabah diri dan seumpama dgnnya agar kita sedar siapa diri kita. layakkah kita menghadap Allah nanti? persiapkan diri kita untuk menjadi yang terbaik di mataNya. so, let the faith fate us better. jangan pernah melawan takdir jika ia terbaik untuk kita. jika tidak, kelak kita akan menyesal. renung-renungkan ea :)


introspeksi iman hari ini :D

Sebelum Aku Bernikah

in the name of Allah 
the most gracious and the most merciful.
assalamualaikum. wmt. wbt.


hhmm, jiha nak cakap.
terima kasih utk semuanya. 
maaf kalau banyak sakitkan hati awak.
buat awak terasa hati. kecewakan awak. susahkan hati awak.
buat awak sedih. dan semuanya yang menyinggung perasaan.
maaf sangat2.
jiha rasa jiha perlu jauh dari awak sbb sekarang bukan masanya
untuk kita. mungkin kalau jodoh kita kuat,
insyaallah kita jumpa lagi.
terima kasih sebab terima jiha seadanya.
harap awak dah faham bila baca buku tu, 
sama2 kita lengkapkan diri kita.
jadi yang terbaik di mata Allah.
saya doakan awak jadi lelaki soleh dan selalu bahagia
walau bukan dengan saya.
kita tetap kawan baik sampai bila-bila. :)

Wednesday, November 28, 2012

'DUA BUDAK KECIK'

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum. wmt. wbt.

alololololo comey nyew... ^_^

really miss you sayang.
sayangnye awak da pergi... actually nak kongsi.
suatu masa dahulu tersebutlah kisah =.="
K.A.M.I. budak dorm s.e.p.u.l.u.h.
dapat ahli keluarga baru

mimi dan momo :D


such cute kitties.
'ibu' kepada mereka ialah Anis Nazirah
kami cuma kakak2 mereka sajaa. hahah!!
malangnya beberapa minggu kemudian.
when we enter our 'home'
there was such a terrible thing happened
mimi terlentang. momo tade kepala!!!
darah bersepah2 (hah??? bersepah? ape ke bahasa tu?)
seram tengok. but pada masa yg sama, kami sedih...
sedih gilaa... dan macam org gilaa..
dalam banyak2 dorm, 
budak dorm saya laa yang rela menerima mereka.
org lain semua nampak jek kucing
"shuh! shuh! jangan laa masuk!" *kesian...
'budak kecik' yg selalu kiteorg main bersama dah pergi.
"kau pergi~~~" :'(
kekejaman berlaku.
 ibunya dipersalahkan kerana bersikap kejam.
makan anak sendiri! ish3.
\KAMILAH PENCINTA KUCING!

Saturday, November 17, 2012

Favourite Girls

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum wmt. wbt:)

 the moment passing by....

kakakshujo.piya.syera.una.
my favourite girls
there's too much memories we've together
from the first met until today.

thanks for giving me the love.

kak shuhadah johari....
maaf kalau selama nie banyak salah dan silap. dulu saya selalu kacau awak. kadang-kadang saya sendiri rasa yang awak pun mesti rimas. tapi itulah saya. mencari-cari kasih sayang seorang kakak. saya takkan lupe yang kita pernah kongsi masalah sama2. awak jugaklah yang banyak support saya waktu pmr dulu. saya yang selalu datang dorm awak untuk study sama-sama. and one more thing, harap awak masih ingat yang saya ade suruh awak simpankan keychain saya. it's okey. simpan jelaa... thanks for everything ea.

kak sopiyah kak syahirah....
dalam manja2 awak berdua sebenarnya awak ada sifat tabah. baguslah. macam tu laa kakak2 saya. dalam garang awak berdua ada comelnye. hehe... *amboi, puji lebih2. awak berdua selalu teman humaira' untuk luangkan masa bersama ustaz. alhamdulillah, kita sama2 timba ilmu, kongsi ilmu... itulah ukhuwwah yang hidup dalam bi'ah solehah, teruskan usaha untuk mencari keredhaan Allah. saya suka untuk luangkan masa bersama awak berdua. saya ajar awak tentang agama. awak berdua ajarkan saya jugaa. kita sama saja. masing2 ada kelebihan masing2 tapi kelebihan itulah yang kita kongsi bersama. rasa pantas sangat masa berlalu kan? tak puas lagi sebenarnya nak luangkan masa bersama. insyaallah, panjang umur kita jumpa lagi. awak berdua jangan lupa saya. terima kasih utk semuanya.

kak amiera husna....
awaklah antara yang paling dekat dengan saya...


you're my bestiest:) setiap kekurangan awak saya terima seadanya. dan setiap kelebihan awak saya jadikan contoh. since our first met until today, i've never regret to know you. kalau nak cerita pasal awak, sangat panjang.. kalau saya tulis semua tentang kita dekat blog saya nie pun berkemungkinan besar saya akan menangis. bila saya pandang kawasan bumi bertuah selandar tu pun setiap sudut tu ade je kenangan kita bersama. kadang-kadang buat saya menitis airmata bila dikenang. macam manalah saya nanti tanpa kakak sayang saya nie. semua saya buat dengan awak, kak. rasanya tak pernah sekali pun saya lupa awak. saya cuma harap awak selalu bahagia. terima kasih sebab sudi beri kasih sayang awak pada saya.  awak yang sudi layan kerenah saya, gedik2 saya, mengada saya, manja saya, degil saya, sedih saya, celoteh saya dan semuanya... saya terima kakak saya seadanya. kak, saya sayang awak sampai bila2. dengan izin Allah, awak selalu dalam hati saya.

and never forget you, Aida Najwa:)

Humaira'

sungguh indah susunan Allah tu kan? Do you remember the hard times we went through? saya ingat lagi yang kita bertiga pernah menangis bersama kerna ditimpa ujian yang cukup menguji keimanan. But there was not one thing that could bring us down. alhamdulillah,  saya dipertemukan dengan awak, kak. syukran atas segalanya. halalkan segala ilmu yang awak beri. segala apa yang saya pinjam pakai dan guna. kak, awak dah banyak sedarkan saya. Allah hantarkan awak untuk saya menjadi lebih baik. Alhamdulillah, Allah hantarkan hubungan atas keimanan nie. setiap teguran awak sangat berguna utk saya kala saya leka, lalai, alpa dan lemah. awak jugalah yang mengajar saya untuk terus berusaha. walaupun hidup kita sudah ditentukan allah, tapi kita perlu berusaha. kata, nak masuk syurga sama2...?? so, sama2 kita cari tickets ke syurga kann kak? maafkan segala salah silap saya, kak. sekali lagi terima kasih untuk setiap kenangan, dugaan, ujian yang kita tempuh sama-sama. dulu, kini dan selamanya kita adalah humaira', hubungan atas keimanan.... ingat, kita bertiga masih lagi ada perjuangan bersama. 

akhir sekali dari saya untuk semuanya, buat yang terbaik untuk spm. saya nak kakak2 sayang saya nie semuanya straight A's tau! amin, insyaallah....

KAKAK-KAKAK SAYANG:)
UHIBBUKUNNAFILLAH!!!

I remember us praying at night
And just dreaming about this together
I’m so blessed to have you in my life
And now we can enjoy these blessings forever
There was that one place I always thought about
And I just wanted to be there with you

semoga kita berusrah kembali bersama di JannahNya
insyaallah...

Tuesday, November 13, 2012

Allah Tahu Aku Mampu

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum wmt. wbt.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba
 melainkan apa yang terdaya olehnya. 
( QS. Al-Baqarah: 286)
from this verse, He has already told us
in every hardship, trials of life that given to us
we can face it.
i trust Allah swt.
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa 
ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, 
adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. 
Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya 
dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan.

tak semua orang faham, hidup ini adalah ujian
yang kita lalui ini adalah ujian.
nafas adalah ujian. rezeki adalah ujian. 
anggota badan adalah ujian. keluarga adalah ujian.
masa adalah ujian. nikmat adalah ujian.
musibah adalah ujian. semuanya ujian.
dan, UJIAN TAKKAN PERNAH BERHENTI
SELAGI KITA BELUM DIPANGGIL ILAHI.
as i've said before hidup adalah ujian.
semuanya adalah untuk menguji keimanan kita.
MENGUJI KEIMANAN KITA.


Ini telah dibuktikan secara jelas 
.أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون
. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan 
dengan hanya berkata: “Kami beriman”,
 sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?
Dan demi sesungguhnya!  Kami telah menguji 
orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, 
maka (dengan ujian yang demikian), 
nyata apa yang diketahui Allah 
tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, 
dan nyata pula apa yang diketahui-Nya
 akan orang-orang yang berdusta. 
(QS. al-Ankabut: 2-3)

sahabat yang dikasihi Allah swt,
bukan senang untuk menjadi hambaNya 
yang benar-benar beriman dan bertaqwa.
pelbagai ujian dan dugaan yang perlu ditempuh.
berdoalah agar disempurnakan islam, iman dan ihsan.

Cukup halus tatkala menghayati 
seni tarbiyah Allah swt yang sebenar.
 Dan sebaik-baik tarbiyah Allah adalah dengan ujian dan musibah.
 Kaifiyat tarbiyah Allah bilamana diteliti kehalusannya 
akan menimbulkan keinsafan dalam diri. 
Maka lahirlah pula pelbagai sifat-sifat mahmudah. 
Inilah tarbiyah Allah SWT.
TarbiyahNya menyemarakkan iman seseorang.
 Hatinya yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu kepada Allah swt.

saya mula sedar betapa kekuatan itu perlu
untuk hadapi semua ini kerana
ALLAH TAHU AKU MAMPU!
Hidup dan Ujian itu ibarat pasangan.

betullah, 
kita takkan ada rasa bengang kalau tak kena marah.
kita takkan gelak kalau tak kelakar.
kita takkan hidup kalau tak boleh bernafas.
kita takkan belajar kalau kita nak gagal.
kita takkan makan kalau kita tak lapar.
kita takkan jatuh cinta kalau tiada perasaan.
bukankan itu semuanya ujian?

adakalanya ujian itu manis tapi memudharatkan.
adakalanya tidak.
adakalanya ujian itu pahit tapi menyeronokkan.
pahit? tapi menyeronokkan?
ramai yang pelik, kenapa pahit tapi menyeronokkan.
kita takkan minta manis kalau kita tak pernah rasa pahit.
itu yang saya rasa.
kalau betul, kita inginkan kemanisan iman itu
seharusnya kita bersyukur apabila ditimpa ujian
walau
sepahit mana sekalipun.
maka, husnudzon itu juga perlu. husnudzon dgn Allah swt.

Dalam kita menghadapi ujian, pasti ada jalan keluarnya. 
Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah 
pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi,
 "sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". 
pernah juga saya rasa hampir putus asa dengan ujian Allah.
tipulah kalau tiada yang pernah rasa.
saya juga lemah.
dan setiap kali saya lemah itulah buat saya rasa perlukan Allah.
saya juga perlukan seorang insan untuk didampingi.
insan yang boleh buat kita tersenyum kembali.
insan yang buat kita bangkit semula.
kalau ayat orang putih,
" the one who wipes my tears. lend her shoulders."
and whatever laa kann...
cuma, sama-sama kita sedar
jangan pernah berputus asa. "La taiasu"
"Innallaha ma'ana.." :')

terakhir dari saya,
ujian itu salah satu tarbiyah Allah swt.
tarbiyah itu perlukan penghayatan yang tinggi iaitu
penghayatan iman yang mantap.
maka, sama-sama kita mantapkan iman kita wahai insan!
kelak kita akan rasa kemanisannya.

"Bersabar dengan ujian itu adalah biasa
Namun bersyukur atas ujian itu 
adalah luar biasa"

hadapi ujian dengan bahagia.
senyumlah, walaupun berpura-pura:')
kerana Allah itu sentiasa ada.