Pages


Tuesday, November 13, 2012

Allah Tahu Aku Mampu

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum wmt. wbt.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba
 melainkan apa yang terdaya olehnya. 
( QS. Al-Baqarah: 286)
from this verse, He has already told us
in every hardship, trials of life that given to us
we can face it.
i trust Allah swt.
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa 
ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, 
adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. 
Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya 
dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan.

tak semua orang faham, hidup ini adalah ujian
yang kita lalui ini adalah ujian.
nafas adalah ujian. rezeki adalah ujian. 
anggota badan adalah ujian. keluarga adalah ujian.
masa adalah ujian. nikmat adalah ujian.
musibah adalah ujian. semuanya ujian.
dan, UJIAN TAKKAN PERNAH BERHENTI
SELAGI KITA BELUM DIPANGGIL ILAHI.
as i've said before hidup adalah ujian.
semuanya adalah untuk menguji keimanan kita.
MENGUJI KEIMANAN KITA.


Ini telah dibuktikan secara jelas 
.أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون
. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan 
dengan hanya berkata: “Kami beriman”,
 sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?
Dan demi sesungguhnya!  Kami telah menguji 
orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, 
maka (dengan ujian yang demikian), 
nyata apa yang diketahui Allah 
tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, 
dan nyata pula apa yang diketahui-Nya
 akan orang-orang yang berdusta. 
(QS. al-Ankabut: 2-3)

sahabat yang dikasihi Allah swt,
bukan senang untuk menjadi hambaNya 
yang benar-benar beriman dan bertaqwa.
pelbagai ujian dan dugaan yang perlu ditempuh.
berdoalah agar disempurnakan islam, iman dan ihsan.

Cukup halus tatkala menghayati 
seni tarbiyah Allah swt yang sebenar.
 Dan sebaik-baik tarbiyah Allah adalah dengan ujian dan musibah.
 Kaifiyat tarbiyah Allah bilamana diteliti kehalusannya 
akan menimbulkan keinsafan dalam diri. 
Maka lahirlah pula pelbagai sifat-sifat mahmudah. 
Inilah tarbiyah Allah SWT.
TarbiyahNya menyemarakkan iman seseorang.
 Hatinya yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu kepada Allah swt.

saya mula sedar betapa kekuatan itu perlu
untuk hadapi semua ini kerana
ALLAH TAHU AKU MAMPU!
Hidup dan Ujian itu ibarat pasangan.

betullah, 
kita takkan ada rasa bengang kalau tak kena marah.
kita takkan gelak kalau tak kelakar.
kita takkan hidup kalau tak boleh bernafas.
kita takkan belajar kalau kita nak gagal.
kita takkan makan kalau kita tak lapar.
kita takkan jatuh cinta kalau tiada perasaan.
bukankan itu semuanya ujian?

adakalanya ujian itu manis tapi memudharatkan.
adakalanya tidak.
adakalanya ujian itu pahit tapi menyeronokkan.
pahit? tapi menyeronokkan?
ramai yang pelik, kenapa pahit tapi menyeronokkan.
kita takkan minta manis kalau kita tak pernah rasa pahit.
itu yang saya rasa.
kalau betul, kita inginkan kemanisan iman itu
seharusnya kita bersyukur apabila ditimpa ujian
walau
sepahit mana sekalipun.
maka, husnudzon itu juga perlu. husnudzon dgn Allah swt.

Dalam kita menghadapi ujian, pasti ada jalan keluarnya. 
Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah 
pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi,
 "sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". 
pernah juga saya rasa hampir putus asa dengan ujian Allah.
tipulah kalau tiada yang pernah rasa.
saya juga lemah.
dan setiap kali saya lemah itulah buat saya rasa perlukan Allah.
saya juga perlukan seorang insan untuk didampingi.
insan yang boleh buat kita tersenyum kembali.
insan yang buat kita bangkit semula.
kalau ayat orang putih,
" the one who wipes my tears. lend her shoulders."
and whatever laa kann...
cuma, sama-sama kita sedar
jangan pernah berputus asa. "La taiasu"
"Innallaha ma'ana.." :')

terakhir dari saya,
ujian itu salah satu tarbiyah Allah swt.
tarbiyah itu perlukan penghayatan yang tinggi iaitu
penghayatan iman yang mantap.
maka, sama-sama kita mantapkan iman kita wahai insan!
kelak kita akan rasa kemanisannya.

"Bersabar dengan ujian itu adalah biasa
Namun bersyukur atas ujian itu 
adalah luar biasa"

hadapi ujian dengan bahagia.
senyumlah, walaupun berpura-pura:')
kerana Allah itu sentiasa ada.

No comments:

Post a Comment