Pages


Thursday, May 31, 2012

Demi Redha-Mu


Berat rasanya bagi Zara untuk membuat keputusan kali ini. Keputusan yang bakal merubah rutin hidupnya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum tangannya menekan butang 'send'.
" Salam. Awak, ni mungkin yang terakhir. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman. Solat jangan tinggal. Study elok-elok . InsyaAllah one day, you will be a great muslim doctor. Sorry for everything. May hapiness will always be yours".
Zara membaca balik SMS yang dikirim kepada Ahmad. Agak berdebar menanti reply dari si dia.
Twiit twiit. Tandanya ada SMS diterima. Dari Ahmad!
Perlahan-lahan Zara membaca SMS.
" Terima kasih atas segalanya. Doa, nasihat Zara bagi selama ni. Saya faham situasi. All the best Zara."
Berderai air mata Zara selepas mendapat SMS dari Ahmad. Sebab dia tahu, selepas ni keadaan mereka bukan seperti dahulu lagi. Tiada lagi SMS antara mereka. Tiada lagi tanya khabar. Tiada lagi tanya pasal pelajaran. Tiada lagi. Nothing!
Hari itu sepanjang hari Zara menangis di bawah selimut. Berjam-jam lamanya. Dari petang sampai lah ke malam. Memang bengkak habis mata disebabkan terlalu banyak menangis. Dah macam mata panda pun ada juga. Zara tak ceritakan kepada teman serumahnya sebab dia tahu mereka tak kan faham keadaan yang dia hadapi. Terasa sangat lemah, Zara menghantar SMS kepada naqibahnya, kak Fifi. Zara pernah ceritakan kemelut yang dia hadapi pada naqibahnya sebelum ni. Kak Fifi banyak membantu Zara selama Zara menjadi anak usrahnya. Kak Fifi juga yang menasihati Zara supaya menghentikan semua ni.
" Salam akak. Saya dah cakap kat dia. Ni kali terakhir kami contact each other. Dia faham. Tapi, kenapa saya tak boleh stop menangis? Am I doing the right thing akak?"
" Zara..Menangis tu perlu untuk suatu pengorbanan.. Menangislah banyak-banyak.. Awak dah berkorban untuk Allah. Yes, you're are doing the right thing. Yes, sebab awak muslimah solehah. Jangan berpaling lagi Zara. Awak mesti cekal. Allah dan Rasul  sentiasa ada ".
Memang Zara sedih bila dia harus membuat keputusan seperti ini. Tapi dia mesti. Memang dia sangat sedih tapi dalam masa yang sama dia rasa lega. Sebab dia berusaha meninggalkan satu dosa. Dia tahu apa yang telah dia lakukan itu salah. BerSMS dengan lelaki bukan mahram tanpa urusan yang penting! Dia tidak menjaga ikhtilat seperti yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi dia membawa imej wanita bertudung labuh. Dia juga tidak mahu mencemarkan imej akhowat lain yang juga bertudung labuh dengan perbuatannya itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Tapi, yang paling penting. Zara mahu berhenti berSMS dengan Ahmad sebab dia takutkan Allah. Dia nak berhenti bukan kerana kak Fifi yang suruh tapi sebab Allah! Zara mahukan redha Allah. Sebab Zara tahu Allah tak redha dengan apa yang dia sedang buat. Tanpa redha Allah, apalah makna hidup. Memang Allah izinkan Zara berSMS dengan Ahmad. Tapi Allah izin tak semestinya Allah redha! Lagipun, redha Allah perlu dicari bukan sekadar dinanti. Moga ini menjadi satu cara untuk Zara peroleh redha Allah.
Zara juga takut seandainya hidayah Allah tidak lagi hadir dalam hidupnya. Dan dia terus tenggelam dalam dosa yang dia buat. Sebab dia tahu, dalam Islam tiada couple sebelum berkahwin. Setiap kali berSMS dengan Ahmad, pasti perasaannya menjadi tidak keruan. Dia rasa bersalah dengan Allah. Lebih-lebih lagi bila dia mengingatkan firman Allah:
" Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk".    (Al-Isra': 32)
Memang mereka tidak bercouple. Tapi teliti ayat ini dengan jelas, iaitu Allah menggunakan kalimah 'walaa taqrobuu' (jangan hampiri) dan bukannya kalimah 'walaa ta'maluu' (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
"Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti."
Memang matanya, telinganya tidak berzina sebab jarak jauh yang memisahkan mereka. Lagipun tiada calling-calling. Cuma sekadar SMS. Tapi hatinya sentiasa berzina. Zara sentiasa teringatkan Ahmad.Tidak pernah sehari pun hari Zara berlalu tanpa teringatkan Ahmad.
Sebab itu Zara nekad kali ni. Biarlah dia menderita sekejap. Err.. mungkin lama juga. Tapi demi redha Allah, dia akan istiqamah. Memang mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis. Syurga tu mahal sangat. Dan perjalanan menuju ke sana memang tidak mudah.
" Moga setiap air mata yang gugur disebabkan kesakitan ini demi menggapai redhaMu menjadi saksiku di akhirat sana."
Bye Ahmad. Memang saya nak sangat awak yang jadi imam saya suatu hari nanti. Saya nak awak yang jadi bapa kepada anak-anak saya nanti. Semoga Allah izinkan. But for now, saya serahkan awak kepada Allah. Andainya memang ada jodoh antara kita, InsyaAllah kita akan dipertemukan kembali dan akan disatukan. Moga kita dipertemukan dalam keadaan yang diredhai.Tapi, andainya bukan awak yang tercipta untuk saya. Saya redha. Sungguh, Allah is the best planner kan?".
" Ahmad, semoga dirimu di sana juga terus istiqamah."


Tuesday, May 29, 2012

C . U . T . I . =)

with the name of Allah,
the most gracious and the most merciful.
Assalamualaikum. wmt. wbt.

okey, sekarang musim cuti sekolah kann.??
tentunya masing-masing punya aktiviti cuti nie,
betul tak???

even, cuti sekali punn jangan lupa ibadah kita.
selain sibuk dengan urusan duniawi
jangan sekali-kali tinggalkan yang ukhrawi.
" kalau kita selalu ingat Allah, Allah akan ingat kita "
betul tak? saya yakin anda sering mendengar ayat nie.

jadi, macam mana cara utk sentiasa mengingati Allah?
okey, kita imbas kembali dan cuba bertanya,
kenapa Allah suruh kita solat?
tidakkah setiap pergerakan solat yang kita lakukan,
setiap bacaan solat yang kita lafazkan,
adalah cara mudah bagi kita secara tidak langsung
untuk mengingati Allah???
jadi, mudah bukan?
sesama kita ingatkan, cuti nie
 jangan ada yang tinggal solat, lewat-lewatkan solat.
Allah tak suka.
nak tahu tak, sesungguhnya, seseorang hamba Allah
yang benar-benar mencintai Allah dia akan segera
menyahut panggilanNya.
jadi apa panggilanNya? bila terdengar azan,
itulah panggilanNya...

sebenarnya, kita tak perlu ibadah banyak2 
jika kita tak mampu...
yang penting kat sini, biar sedikit asalkan ISTIQAMAH.
itulah yang Allah suka.
jadi, kalau musim cuti macam nie kene ingat,

C - CUBA, U - UNTUK, T - TERUS, I - ISTIQAMAH

boleh, muslimin, muslimat semua?

" kita qiamullail bukan sebab iman kita kuat,
tapi kita qiamullail untuk kuatkan iman kita "
Allahurabbi :')


jadi, senantiasalah ingat Allah
walau dalam apa keadaan sekali pun.
because what?
because Allah is always there for you.
hhmm, cuba fikir-fikirkan...
" kita sentiasa kejarkan bahagia, tapi kita tak pernah
cuba betul-betul bahagiakan Dia "

muslimin muslimat sekalian,
sama-sama kita muhasabah diri balik.
setiap apa yang saya perkatakan ini bukan sekadar
untuk mengingatkan kalian semua,
saya juga insan yang lemah,
dan manusia itu memang kenyataannya "nasia"
LUPA...
saya juga bukan insan sempurna,
bukan orang alim, dan belum cukup indah 
di mata Allah.
jadi, diri ini cuba untuk jadi yang terbaik di mata Allah
dengan memperingati diri sendiri...

ingin saya sampaikan. 
" sebaik - baik orang yang melakukan kesalahan
adalah orang yang sedar akan kesalahannya
dan segera bertaubat kepadaNya "


SELAMAT BERCUTI !!!
tetapi jangan bercuti darpada mengingati Allah
SENTIASALAH INGAT DIA:)


Monday, May 28, 2012

RASA BERDOSA


Rasa berdosa adalah satu perasaan yang positif. Itu tandanya, jiwa kita masih hidup, hati kita masih peka. Mempunyai perasaan bahawa diri ini berdosa apabila melakukan kesalahan, adalah kunci utama untuk bergerak ke arah kebaikan. Menjadi satu masalah apabila kita kehilangan rasa berdosa apabila melakukan kesalahan, kerana pastinya ketiadaan rasa berdosa itu adalah kerana kita memandang kesalahan kita satu perkara yang normal.
Namun, terdapat beberapa orang yang silap dalam memandang rasa berdosa ini.
Kesilapan mereka, membuatkan rasa berdosa memberikan impak negatif di dalam kehidupan mereka.
Mereka rasa berdosa, sehingga mereka tidak lagi bergerak ke arah kebaikan. Kerana mereka merasakan bahawa mereka kotor, dan tidak lagi boleh disucikan.
Ini adalah rasa berdosa yang silap, dan tidak sepatutnya.
Rasa berdosa yang sepatutnya
Rasa berdosa yang sepatutnya, adalah membawa kepada peningkatan diri.
Kita rasa berdosa, lantas kita bergerak mensucikan diri. Kita melakukan kesalahan, segera kita bergerak memperbaikinya. Rasa berdosa menggerakkannya.
Hal ini kerana, rasa berdosa kita sewajibnya perlu datang dengan iringan kefahaman dan kepercayaan bahawa Allah SWT itu Maha Pengampun, Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.
Tetapi kalau kita rasa berdosa, rasa diri kita ini kotor, tetapi pada masa yang sama kita menutup pintu hati kita daripada keampunan Allah SWT yang luas, maka kita hanya akan bergerak ke lurah kehancuran.

Allah dan kefahamanNya kepada kita
Allah adalah pencipta kita. Yang paling memahami kita adalah Dia. Dia adalah yang paling tahu kadar kemampuan kita. Dia adalah yang paling tahu akan keadaan kita. Allah itu Maha Tahu, sebelum Dia menciptakan kita lagi, bahawa manusia ini akan melakukan dosa. Memang Dia menciptakan kita demikian.
“Demi diri manusia dan Yang Menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya) serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.” Surah Asy-Syams ayat 7-8.
Maka adakah Allah sekadar menjanjikan azab siksa untuk yang ingkar sahaja?
Adakah Allah mendiskriminasikan pendosa sedangkan Dia memang menciptakan kita dengan kemungkinan untuk berdosa?
Tidak. Tetapi lihatlah apa yang Allah katakan kepada para pendosa:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Az-Zumar ayat 53.
“Sesungguhnya jika mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.” Surah An-Nisa’ ayat 64.
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?” Surah Ali Imran ayat 135.
Nah. Allah itu memberikan ruang dan peluang kepada kita.
Maka mengapa perlu rasa berdosa sehingga tidak mahu bergerak ke arahNya?

Syaitan yang menipu
Di dalam hal rasa berdosa sehingga tidak lagi mahu melakukan kebaikan ini, kita tidak boleh lupakan ‘sahabat karib’ manusia yang sentiasa berusaha membawa manusia kepada kecelakaan akhirat.
Itulah dia Iblis, Syaitan dan kuncu-kuncunya.
Mereka ini mempunyai pelbagai taktik. Antaranya, menggunakan kepositifan untuk membawa kepada kenegatifan. Contohnya adalah apa yang kita sedang bincangkan.
Rasa berdosa adalah positif. Tetapi syaitan akan membisikkan kepada kita keputus asaan.
“Kau dah berdosa teruk ni, tak boleh patah balik dah ni.”
“Ini dosa besar ni, Allah memang dah tak akan pandang kau lagi.”
Dan kita akhirnya berlari pergi daripada Allah, daripada kebaikan, kerana kita merasakan bahawa: “Aku bukan orang-orang itu lagi. Aku dah tak boleh diselamatkan. Tak boleh patah balik.”
Sedangkan, Allah sentiasa membuka ampunanNya kepada manusia.
“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 268.

Adalah berbeza orang itu dan orang ini.
Namun, ada segolongan manusia yang keji. Mereka ini adalah pengkhianat.
Pengkhianat kepada rahmat dan kasih sayang Allah yang luas.
Mereka memang sengaja melakukan dosa, dan bertaubat dalam keadaan “Bila taubat ni, dosa haritu dah terpadam. Jadi, bolehlah buat lagi dosa. Nanti taubatlah semula.”
Dia melakukan dosa dengan sengaja, dengan perasaan bahawa dosanya itu tidak mengapa kerana nanti boleh bertaubat. Ini adalah pengkhianatan kepada kasih sayang Allah SWT.
Mereka ini berbeza dengan golongan yang rasa berulang kali melakukan dosanya, dalam keadaan benci kepada dosanya dan bersungguh-sungguh berjuang meninggalkannya.
Memang wujud isyarat bahawa Allah SWT menyuruh manusia berulang kali bertaubat. Tanda bahawa manusia ini memang akan melakukan kesalahan berulang-ulang. Namun adalah amat berbeza berulang-ulang melakukan dosa dengan sukarela, tanpa ada usaha-usaha mencegahnya, dengan terulang dosa kerana tertewas dalam perjuangan menentangnya.
Persoalannya, apakah kita menentang dosa kita? Atau kita menerima dengan tangan terbuka? Adakah kita merancang untuk menjauhi dosa, atau kita tidak merancang untuk menjauhinya? Nyata dua golongan itu punya perbezaan yang sangat ketara.

Penutup: Maka janganlah berputus asa. Bergeraklah ke arah kebaikan.
Maka janganlah berhenti melakukan kebaikan, hanya kerana semata-mata rasa berdosa. Rasa berdosa itu positif. Positif kerana ia memacu kita untuk beramal dengan lebih kuat bagi menebus kesilapan kita. Maka jangan kita negatifkannya dengan merasakan kita terlalu kotor untuk diampunkan.
Siapakah kita yang hendak melimitkan kuasa pengampunan Allah kepada kita?
“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, (bahwa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” Surah Al-Maidah ayat 9.
Dan ayat Allah SWT ini jelas menunjukkan bahawa, keampunan itu datang dengan beramal soleh. Rasa berdosa semata-mata tidak akan menyelamatkan kita. Jika benar rasa berdosa, maka sepatutnya kita meninggalkan kejahatan dan melakukan kebaikan.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Surah Al-Baqarah ayat 218.
Bergeraklah. Padamkan dosa kita dengan bergerak ke arah kebaikan.
Sesungguhnya Allah SWT itu ampunanNya luas dari jangkaan.

LAPANGKAN HATIMU DENGAN TAUBAT


Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita?
Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa?
Jika terasa menyesal, itu petanda Iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira...
Itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.
Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan.
Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai 'galang-ganti' kepada kejahatan yang kita lakukan itu.
Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat?
Pangkat di dunia tidak akan berguna selepas mati, sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia – dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah dan lain-lain, malah lebih berguna di Akhirat nanti – kehidupan yang hakiki dan abadi.
Rasulullah S.A.W bersabda : "Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : "Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu". Aku mengucap : "Amin". "Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke Syurga". Aku berkata : "Amin". Jibril berkata lagi : "Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya". Lalu aku mengucapkan : "Amin". [HR. Ahmad]
Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di Akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke Neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah.
Menyesallah dahulu, kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini... kerana menangis di Akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.
Takutilah akibat dosa yang kita lakukan. Jangan ambil mudah dengan kemurkaan Allah. Jika marah isteri, suami, boss dan kawan-kawan pun sudah boleh menyebabkan hidup kita resah dan susah, apalagi murka Allah, Tuhan yang mencipta kita.
Ya, kita sering terlupa bencana akibat dosa boleh datang tiba-tiba.
Lupakah kita dengan kaum Aad yang ditimpa bencana tepat ketika mana mereka berarak ria menuju 'syurga' ciptaan raja mereka? Apakah kita lupa bagaimana sikap Rasulullah S.A.W ketika baginda dan para sahabat melalui lokasi tempat kaum Aad dan Tsamud menerima bala? Baginda terlalu terganggu oleh 'nostalgia dosa' – hinggakan sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah S.A.W menyuruh para sahabat menundukkan muka dan jangan memandang ke langit (tanda merendahkan diri) ketika melalui tempat tersebut.
Rasulullah S.A.W pernah berdoa memohon agar Allah tidak menurunkan bala bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan sembahyang dengan penuh tawaduk dan baginda berdoa:
"Tuhanku! Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku berada bersama mereka. Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat. [Sulaiman bin al-Ash'ath, Sunan Abi Daud]
Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W, seorang insan yang maksum daripada dosa dan dijamin masuk Syurga. Padahal baginda insan yang mulia, para penduduk kota Madinah ialah para sahabat Rasulullah yang terkenal sebagai generasi al-Quran dan kota Madinah itu sendiri adalah kota suci yang penuh rahmat dan keberkatan.
Dengan segala kelebihan itupun baginda masih tidak terasa ada jaminan keselamatan daripada bala bencana. Sinisnya, bagaimana nasib kita yang setiap masa bergelumang dengan kemungkaran dan kemaksiatan, kadang-kadang hidup di tengah kota yang di kelilingi premis dosa?
Walau bagaimanapun, bencana alam, penyakit-penyakit kronik, gejala sosial dan lain-lain masalah sebenarnya boleh membawa rahmat jika kita dapat mencungkil ibrahnya yang tersirat.
la boleh diumpamakan sebagai racun kepada hati yang derhaka kepada Allah, tetapi penawar kepada hati yang tunduk dan patuh kepada Allah. Kata orang, "What happens 'in' you is more important than what happens 'to' you." – apa yang berlaku 'di dalam' diri kita jauh lebih penting daripada apa yang berlaku kepada ('di luar') diri kita.
Untuk memahami yang tersirat dan mencungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Bencana alam yang telah menimpa umat nabi-nabi terdahulu kerana kederhakaan dan kedegilan mereka walaupun telah diberi peringatan berkali-kali perlu diamat-amati.
Renungilah hakikat ini : Umat Nabi Nuh a.s yang tunduk kepada hasutan Syaitan, yang mana Syaitan itu diciptakan daripada api – Allah musnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar. Kaum Saba' yang juga menyembah api, Allah musnahkan dengan banjir. Apabila api diagung-agungkan selalunya Allah datangkan air sebagai pemusnah.
Hukum ini terus berjalan sepanjang zaman. Apabila berlaku kemungkaran yang bermaharajalela di tengah umat manusia, Allah akan datangkan bala bencana sebagai azab yang memusnahkan mereka.
Inilah yang telah berlaku kepada umat Nabi Luth, yang ditelan bumi kerana mengamalkan homoseksual dan lesbian. Kaum Nabi Salleh kerana curang dalam perniagaan. Kaum Aad dan Tsamud yang ditimpa hujan batu kerana kederhakaannya.
'Tentera Allah' (air, angin, tanah) dihantar kepada para pendosa yang engkar walaupun telah diberi peringatan berulang kali oleh nabi masing-masing. Sepanjang sejarah, sudah lapan bangsa pada lapan zaman yang telah mendapat akibat buruk daripada Allah S.W.T kerana mendustakan rasul yang diutus kepada mereka. Kelapan-lapan kaum itu ialah:
Kaum Nabi NuhAshabul Rass – mendustakan nabi mereka yang bernama Hanzalah. Mereka menyembah berhala.Kaum Tsamud – kaum Nabi Salleh.Kaum Aad – kaum Nabi Hud.Firaun dan pengikutnya.Kaum Nabi Luth.Ashabul Aikah – kaum Nabi Syuaib.Kaum Tubba'.
Untungnya, umat Nabi Muhammad mempunyai banyak kelebihan berkat kasih sayang Allah kepada Nabi-Nya – Muhammad S.A.W. Bencana tidak berlaku serta-merta kepada umat Nabi Muhammad sepertimana yang menimpa umat nabi-nabi terdahulu. Masih ada penangguhan dan diberi tempoh masa untuk memperbaiki diri.
Bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, kemarau dan lain-lain (walaupun sudah hebat dan dahsyat) tetapi ini berkali-kali ganda lebih ringan berbanding bencana yang menimpa umat-umat terdahulu.
Apapun, mesejnya tetap sama – sebagai peringatan dan amaran. Dengarkanlah 'bisikan' Allah ini. Jangan sampai kita terpaksa mendengar 'jeritan-Nya!' (bencana yang lebih dahsyat).
Lihat sahaja loji-loji nuklear di Fusyima Jepun yang dilumpuhkan hanya dengan kuasa air. Bukankah ini satu tempelakan kepada kemajuan teknologi yang dibanggakan oleh manusia tetapi akhirnya tunduk kepada kuasa 'konvensional' yakni air?
Walau bagaimanapun, ada bencana yang lebih seni dan maknawi sifatnya. Tidak ketara oleh mata, tetapi sangat derita pada hati. Di dunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta dari kebenaran. Ia akan menutup pintu hati dari melihat kebenaran dan membuatnya terbalik dalam membuat penilaian. Allah berfirman:
"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa." (Surah al-An'am 6: 44)
Manakala secara peribadi dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit, perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kekadang kita sudah memiliki kekayaan, kesihatan dan pekerjaan. Firman Allah: "Dan barang siapa yang berpaling daripada peringatan-Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit." (Surah Thaha: 24)
Ibnu Khatir menjelaskan keadaan orang yang melakukan dosa dengan katanya:
"Di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meski pun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih terus ragu. Ini ialah kehidupan yang sempit."
Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras, dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran. Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkanlah diri sendiri.
Perhatikanlah hari-hari yang kita lalui selepas Ramadhan, apakah penuh pahala atau sebaliknya. Bagaimana kita di sini (di dunia), begitulah kita di sana (Akhirat) nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai!

NADWAH KEPIMPINAN BADAR

with the name of Allah,
the most gracious and the most merciful.
Assalamulaikum, wmt. wbt.


sebulan yang lepas, berlangsungnya 
PROGRAM NADWAH KEPIMPINAN BADAR 
bg tahun 2012 di SMKA Sultan Muhammad

alhamdulillah, sepuluh insan yang dipilih oleh Allah SWT
telah menyertainya :

KAUM ADAM:)
Muhammad Hanif
Nikman Naim
Aiman Faiz
Muhammad Nurhakim
Muhammad NurEhsan
KAUM HAWA:)
Nur Izzati Najihah
Aida Najwa 
Amiera Husna
Nurul Ashikin
Ainul Zakirah


barisan peserta SMKA Sharifah Rodziah


barisan muslimat SBPI Selandar:) hehe...


kaum Adam penuh bersemangat menyanyikan lagu tema
HAMBAMU - Akhil Hayy & Mawi


muslimat juga turut bersemangat menggayakan
 lagu tersebut bersama kaum muslimin


dalam gambar nie, ketika mana
kumpulan usrah saya mempersembahkan lakonan
*segan tau... semua orang pandang
*saya kann pemalu orangnye :DD
disebabkan saya Naqibah Usrah, kene laa beranikan diri



kuliah maghrib
lihat, semuanya khusyuk mendengar.
pada masa yang sama, rasa sangat beruntung, kerana apa?
kerana dapat berkongsi ilmu dengan mereka.
Alhamdulillah...


subhanallah!
seperti dalam gambar saya dan kak una bersama
kakak fasilitator.
seorang yang baik hati dan berkepimpinan 
serta bersopan santun.
teringin nak jadi seperti dia.
insyaallah suatu hari nanti.


bahagianya pelajar muslimat SBPI Selandar
bersama
kakak fasilitator nadwah:)
takkan dilupakan kenangan bersama mereka
dan setiap apa yang mereka ajarkan.


nie macam bajet comel pun ade jugak. hak3 :D
sebenarnya, apa yang ingin disampaikan adalah,
kami sangat bahagia di sana...
berat hati nak pulang bila dah hari kedua.


LDK 4
kami perlu membincangkan cara perlaksanaan
kertas kerja program BADAR di sekolah.
alhamdulillah, abg fasilitator yg berbju biru tu
pemurah dan luas dengan ilmu pengetahuan.
macam2 yang kami kongsi bersama.
kadang2 dia kelakar juga bila berjenaka ketika berbicara.
pada kali ini, kami diajar cara perlaksanaan 
kertas kerja mengikut format baru.
kami memperkenalkan perlaksanaan program BADAR sekolah
yang bakal berlangsung iaitu,
SAUDARAKU PALESTIN.


comelnye bila saudara ni suap-menyuap.
disini, inilah cara kami makan.
makan ikut sunnah nabi,
"suapan pertama adalah untuk sahabat"


pengalaman saya membantu orang yang susah.
suapkan ahli usrah yang tangannya patah sebelah.
kesian.
inilah peranan Naqibah:)


*aktiviti riadah jasadiyyah*
seronok melihat gambar nie.
Ainul Zakirah sedang mengutip markah dengan mata tertutup.


pada waktu ini, kami melaksanakan riadah pagi
selepas selesai kuliah subuh.
Ainul Zakirah, sebagai wakil memberi konklusi
terhadap aktiviti riadah yang dilaksanakan pagi itu.


kami melaksanakan LDK 5
kami dikehendaki membincangkan dan 
kemudian membentangkan V.M.O dan SWOT
tahu tak apa tu?
V - visi,  M - misi, O - objektif
S - strength W - weakness O - opportunity T - Threat
banyak pendapat dan idea yang kami kongsi bersama
segala permasalahan juga kami jumpa penyelesaiannya


hari terakhir kami di sini.
sedang berada dalam majlis penutup program.
kami pakai baju BADAR:) hehe...


sama hijau dengan peserta SMK Ma'ahad Tahfiz Chenderah


carta organisasi kepimpinan BADAR
SMKA Sultan Muhammad


pada hari penutup, kami menyambut hari lahir
peserta nadwah pada bulan April.
tidak disangka-sangka ada kejutan sebegini.


emmm~ sedaappp! alhamdulillah, dapat merasa jugaa.
walaupun bukan birthday girl.
sharing is caring. 
*tapi rasanya kak aida najwa ni dah tiga kali suap.


muka masing2 bangga jek ada dekat SMKA Sutan Muhammad
*yelah baru first time dtg. hak3 :DD


SELAMAT TINGGAL! 
kami tinggalkan tapak kaki kami disini.


last posing, sebelum berangkat pulang.
semuanya malu2 kucing tapi tidak DIA:)
NurEhsan!


terserlah kepenatannya...
ish3 muslimat semua. muslimin ada je yang tidur,
tapi lagi selesa di pondok sana.
siap baring lagi..
waktu nie kami macam nak menangis pun ada jugak
sebab peserta lain dah balik, tinggal kami
SBPI Selandar tertinggal. lama tunggu...
sampai tertidur.


tinggal saya dan kak una jek yang berjaga menunggu
pengangkutan kami.
*gambar bajet study
tapi memang tengah study punn, Addmath:)

Konklusinya, terlalu banyak kenangan kami disini.
pengalaman menjadi pemimpin.
pengalaman bersama insan2 terpilih.
dan pengalaman itu mendidik kami menjadi lebih baik.
rasa seronok dan beruntung sangat.
Alhamdulillah, jumpa lagi.



banyak lagi gambar sebenarnya... hehe:)