Pages


Friday, March 16, 2012

DOAKAN ANA...


with the name of Allah 
the most gracious and the most merciful
Assalamualaikum, wm. wbt.

as we know, we're gonna back to school!
setelah seminggu bercuti...
majoriti respons mereka begini,
"aarrgghh, masa.. 
tolonglah berjalan dengan lambat, merangkak pun takpe.."
*baru copy ayat someone kat FACEBOOK td.
ye laa cuti, dah nak habis... nie biasanya ayat budak hostel.
memang berat nak balik asrama

actually, ada jugak yg excited nak balik sekolah.
maybe sebab dia dah siap semua homework
*budak rajin....
atau mungkin... sebab...
dia tak siap homework. 
so, dia nak buat dengan kawan2 die.
*ada certain people,
 sangat memerlukan kawan tau dalam bab2 belajar nie. kesian die...
or maybe, excited nak balik sekolah sebab...
"ouh, I miss my friends! so, i'm excited back to school!"
ada jugak yg macam tu tau...

so, tak kisah laa apepun, selamat kembali ke sekolah :)
akue cuma berharap, 
akue akan kembali dengan semangat baru.
*bukan awal tahun je tau kene ada semangat baru
akue harap, 
akue akan menumpukan sepenuh perhatian 
kepada pelajaran
# taknak tidur2 dalam kelas... *insyaallah =.="
# even busy macam mana sekali pun, just COOL
# always isi masa lapang dengan perkara yg berfaedah
*akue biasanya kalau dah sakit kepala, suke termenung. 
tu sebab semua kerja tak jalan..
# taknak lagi dah, asyik tangguh2 kerja sekolah
# belajar betul2...
*please show that you can do it!

akue juga berharap,
akue akan melaksanakan setiap jawatan yg akue pikul
dengan sebaik mungkin...
*even jawatan tak besar mana pun, 
tp kene ada rasa tanggungjawab jugak
sebagai hamba Allah, sebagai seorang anak, 
sebagai seorang pelajar, sebagai seorang pengawas,
sebagai seorang BADAR, 
dan sebagai seorang rakan utk kawan2 akue.
semuanya ada tanggungjawab masing2..
kita sebagai salah seorang yang terpilih, kene redha...
*ada kaitan tak ekk? hahah!
as long as kita dah cuba,
dah berusaha utk melakukanya dengan sebaik mungkin
itu pun dah cukup bagus...
selebihnya kita serahkan pada siapa....?
kepada.......?
Allah swt... *pandai.... :D

so, doakan akue ALL THE BEST!
sentiasa diberi nikmat kesihatan 
*sekarang akue kerap migrane, lagi2 bila sangat stress
sentiasa dipermudahkan segala urusan
dan, sentiasa ditenangkan fikiran dalam setiap masalah.
hadapinya dengan senyuman:)




Wednesday, March 14, 2012

MY BFF'S BIRTHDAY :)


NUR AMELIA BINTI HAZMI :)

HAPPY BIRTHDAY SAYANG....
MAY ALLAH BLESS YOU HERE AND AFTER
I'LL PRAY THE BEST FOR YOU, MY FRIEND
I got your back you got mine,
I'll help you out anytime
If a brokens heart needs a mend, I'll be there right to the end.
WE'RE BESTFRIEND TILL THE END, right? 

I JUST WANNA YOU TO TAKE CARE OF YOURSELF
BE A GOOD MUSLIMAH
STUDY SMART
DON'T FORGET ME EVEN I'M NOT BY YOUR SIDE
I LOVE MY FRIENDS.... AND YOU ARE MY FRIEND

HAVE A NICE DAY!!!!
COZ TODAY IS YOUR BIRTHDAY
15/3/2012


JIKA CINTA, APA BUKTINYA?


Ya, kita 'tahu' kita perlu mencintai Allah SWT. Tapi adakah kita 'faham' dan 'jelas' samada kita sudahpun mencintai Allah SWT ataupun belum? Apakah bukti kita mencintai Allah SWT? Mari ikuti 'checklist' berikut untuk mengenalpasti sejauh mana kita meletakkan Allah SWT menempati cinta paling utama di hati kita.
1. 1. Segera Menyahut Call Daripada-Nya.
"Allahu akbar! Allahu akbar!" Allah SWT memanggil. Tika itu kita sedang asyik menonton rancangan kegemaran. Apa selalunya reaksi kita pada panggilan-Nya?
"Di atas nama cinta pada yang selayaknya...kunafikan yang fana..." Melodi handphone pula berirama. Tika itu kita sedang sibuk studi sebab esok final exam. Kita tangguhkan atau kita segera mengangkatnya?
Bukti cinta, letakkanlah Kekasih Agung sebagai prioriti. Letakkan keinginan kita sama dengan keinginan Kekasih, tidak bertentangan. Jika Allah SWT ingin berjumpa, tunjukkanlah kita juga ingin berjumpa Allah SWT. Malah, apa yang kita inginkan pun ditanya kepada Allah, bukan berasal daripada diri kita sendiri.
Misalnya, keinginan memilih pakaian. Wajarkah orang yang cinta kepada Allah SWT berkata begini: "Aku tak nak pakai tudung ke, nak pakai jeans ke, tak pakai apa-apa ke, suka hati akulah." Sudahkah ditanya kepada Allah SWT, pakaian bagaimanakah yang Allah SWT suka? Jika Allah SWT diletakkan sebagai kekasih, tentulah kesukaan-Nya yang akan kita utamakan.
Orang yang egois, suka dirinya disanjung dan dipuja tapi tidak suka menyanjung dan memuja. Dia mahukan Allah SWT mengikuti keinginannya tetapi dia tak suka mengikuti keinginan Allah SWT, enggan melakukan apa yang Allah suruh. Benarkah kita cinta kepada Allah SWT tatkala kita memaksa Dia memakbulkan doa-doa kita sedangkan hidup seharian kita asyik bergelumang dosa tanpa taubat?
2. 2. Memberi Perhatian Kepada SMS dan Email Daripada Allah.
Kecintaan Rasulullah SAW dan para sahabat nampak jelas buktinya apabila mereka sangat cintakan al-Quran. Al-Quran itulah SMS dan Email daripada Allah SWT supaya kita perhatikan selalu.
Generasi awal membudayakan al-Quran dalam hidup seharian. Apabila saling bertemu, mereka suka minta dibacakan al-Quran untuknya.
Rasulullah SAW pernah meminta Ibnu Abbas membacakan al-Quran untuknya. Kata baginda,  "Bacakan al-Quran kepadaku."
Ibnu Abbas lalu membaca sehingga ke surah An-Nisa':  ayat 41. Rasulullah SAW minta dicukupkan kerana tidak tahan menanggung air mata sebak. (Rujuk HR BukhariMuslim).
Suatu malam, Rasulullah SAW melewati rumah Abu Musa al-Asya'ri yang sedang membaca al-Quran dalam solat malam, Rasulullah terus terpegun dan menangis. (HR BukhariMuslim).
Suatu saat Abu Musa al-Asya'ri datang kepada Umar. Umar berkata,"Ingatkan kami kepada Tuhan kami." Lalu al-Quran dibacakan. Umarpun menangis.
Jadi, jika benar kita cintakan Allah, cintailah juga kalam-Nya. Ajaklah kawan-kawan kita membudayakan al-Quran. Biar al-Quran menjadi perbualan harian dan mimpi malam kita. Jadikan kerinduan menatap al-Quran lebih mendalam daripada kerinduan menatap sms, email dan facebook.
3. 3. Memandang MMS-Nya Selalu.
Memandang MMS Allah? Aik, macam mana tu? Ya, kita tidak dapat memandang zat Allah yang Maha Tinggi di dunia. Namun, kita masih boleh memandang 'kebesaran-Nya'.
Allah SWT sudah hantar MMS pada kita. Lihatlah pesona alam yang menghijau, lihatlah gumpalan awan yang memukau, lihatlah gelora laut yang membiru dan lihatlah kehidupan yang penuh ranjau. Semuanya membentangkan sifat-sifat Allah SWT yang Maha Agung, Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Penyayang.
Semakin direnung, semakin diri terasa kerdil. Tatkala diri terasa kerdil, akan timbul rasa pergantungan pada Yang Maha Besar. Tika rasa ingin memandang-Nya makin kerap menjengah hati, ia suatu bukti kita semakin cinta kepada Ilahi.
4.     4. Malu-malu Saat Dating dengan-Nya.
Anda pernah bertembung mata dengan seseorang yang dikagumi agama dan akhlaknya? Rasa malu tak? Biasanya, hanya terdaya memandang sepintas lalu sahaja.
Anda pernah dirisik atau bertunang? Bagaimana perasaan saat direnung bakal ibu mertua?  Hmm, rasa ingin tunduk sampai mencium lantai, kan?
Bagaimana pula saat berhadapan dengan 'orang besar' atau Raja? Sanggupkah kita membiarkan mata melilau ke mana sahaja? Sudah tentu kita memfokuskan perhatian kepadanya dengan kepala yang sedikit menunduk. Betul tak?
Kenapa? Kerana dorongan rasa malu dan kerana kita meletakkan mulia pada kedudukan orang yang memandang kita itu. Allah SWT pernah memuji kesempurnaan adab kekasih-Nya, Muhammad SAW pada malam israk mi'raj. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Penglihatanya (Muhammad) tidak berpaling (fokus) dari yang dilihatnya itu dan tidak pula melampauinya (tidak memandang dengan tajam)." (An-Najm: 17).
Bukankah saat solat itu adalah saat kita dating malah kadang kala itulah saat kita berkhalwat dengan Allah SWT? Jika benar kita cintakan Allah SWT, buktikan dengan menjaga adab memandang di dalam solat. Rasulullah SAW melarang kita solat sambil memandang ke atas. Berdiri di hadapan Allah SWT, kita mestilah berdiri tegap, menundukkan kepala dan memfokuskan pandangan ke tempat sujud.
Hakikatnya, Allah SWT bukan sahaja memandang kita di dalam solat, bahkan setiap saat. Sama-samalah kita menjaga rasa malu pada-Nya sebagai bukti kita cintakan Dia.
5. 5.Sentiasa rindu dan ingat pada -Nya.
Wujudkah cinta tanpa rindu? Jika benar kita mencintai Allah SWT sebagai cinta agung, Dialah yang sepatutnya paling kita rindui.
Bagaimana merindui suatu yang kita tidak tahu zat-Nya? Bersabar dan berharaplah saat-saat indah dapat menatap wajah-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud, "Barangsiapa rindu dan berharap pertemuan dengan Allah,
maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang." (Al-Ankabut: 5).
Rindu pada Allah SWT terubat seketika apabila kita menghadiri majlis ilmu yang mentauhidkan Allah SWT. Rindu pada Allah SWT juga terbias pada rindukan al-Quran, rindukan tahajjud, rindukan orang-orang soleh dan rindukan kebenaran.
6. 6.Banyak Menyebut-nyebut Nama-Nya.
Apakah topik perbualan harian kita dengan kawan-kawan? Soal artis? Soal drama TV? Soal pelajaran? Soal si dia?
Kalau kita cintakan Allah SWT, apa kata,  kita sama-sama jadikan Allah SWT sebagai perbualan harian. Ingin berbicara topik apa sahaja, pastikan Allah tidak lekang di bibir dan dikaitkan bersama. Mudah sahaja, contohnya:
"Alhamdulillah, Allah izin saya dapat juga A- dalam subjek ni."
"Dia sedang mengumpat saya! Tak mengapalah, Allah ada. Allah akan bela saya."
Selalunya, dalam kesusahan, atau tika ditimpa bahaya sahaja, orang mudah kembali ingat pada Allah SWT. Beruntunglah orang yang sering mengingati Allah SWT di saat senang, nescaya Allah SWT akan mengingatinya di saat susah.
Ingatan pada Allah SWT terzahir juga pada banyaknya zikir. Ada 4 tingkat zikir menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah iaitu:
1) Tertinggi: Berzikir dengan lidah dan hati yang sama-sama merasai. Hati lebih-lebih lagi menikmati.
2) Berzikir dengan lidah dan hati tapi tidak merasai.
3) Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan merasai.
4) Berzikir dengan lidah sahaja, hatinya lalai.
Samada zikir kita di tingkat pertama atau keempat, Allah SWT tidak akan mempersiakan setiap zikir hamba-Nya ini melainkan diberikan pahala. Begitulah Allah SWT menghargai setiap rindu dan ingatan kita pada-Nya. Adakah kita juga menghargai Dia?
7.     7. Bersabar dengan Ujian Allah
Lumrah cinta akan ada ujian. Ujian itu bagi mengenalpasti setakat mana dalamnya cinta. Kadangkala kita melalui beratnya ujian, tidak tertanggung rasanya. Ketahuilah, seberat manapun ujian kita, kita tidak pernah diuji supaya menyembelih anak sendiri atau meninggalkan insan tercinta di padang sahara. Kita juga belum lagi diuji dengan lemparan batu, sanak-saudara memboikot dan membenci atau berperang menentang musuh.
Ujian-ujian yang besar ini menjadikan para Nabi istimewa di mata Ilahi. Jadi, kalau benar kita cinta pada-Nya, usah mengharapkan hidup tanpa ujian. Usah juga meminta-minta ujian yang lebih besar . Berdoalah agar diberi kekuatan menghadapi apa jua ujian dari-Nya. Dia lebih tahu ujian mana yang layak bagi kita. Apa yang perlu diingat, Allah SWT sengaja menguji kita untuk mengenal dan membuktikan siapa yang lebih mencintai Dia.
8. 8.Mencintai Segala Sesuatu yang Berkait dengan Allah.
Jika sudah terpikat, melihat atap kolej si diapun sudah mengubat. Apa-apa sahaja yang ada kaitan dengannya memberi rasa debaran di dada. Malah, perkara yang ada kaitan itupun terasa istimewa. Begitulah lumrah cinta.
Apakah pula bukti kita terpikat pada cinta Allah SWT?  Sudah tentu apabila kita mencintai sesuatu yang ada kaitan dengan-Nya, itu bukti kita ingin lebih akrab dengan-Nya. Contohnya kerinduan muslim kepada Kaabah kerana Kaabah adalah baitullah (Rumah Allah). Maka, Kaabah juga dirasakan istimewa. Itu suatu bukti cinta.
Jika masih belum mampu meluah rindu di Kaabah, manfaatkan rumah-rumah Allah yang berhampiran kita. Jangan biarkan masjid dan surau sunyi tanpa kunjungan para pencinta. Buktikanlah cinta kita pada-Nya.
9. 9. Luapan Perasaan Luar Biasa Saat Berhubungan dengan Allah. (Khusyuk).
Firman Allah SWT yang bermaksud, "Sungguh, orang-orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah, akan gementar hati mereka, bila dibacakan ayat-ayatnya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya, dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakkal."(Al-anfal:2).
Mendapat khusyuk amat sukar. Namun kita masih mampu berusaha mendapatkannya. Semoga amalan kita tika ini lebih baik daripada yang tadi. Sentiasa lakukan yang lebih baik untuk mencapai yang terbaik.
10. Cemburu
Cemburu dan cinta tidak dapat dipisahkan. Tanda cinta kepada Allah SWT, kita akan cemburu apabila ada orang yang lebih mencintai kekasih kita hingga kekasih kita juga lebih cinta kepadanya. Ianya cemburu yang positif bukan cemburu yang dibiarkan bertukar menjadi fitnah.
Cemburulah kepada orang yang lebih berilmu, ulama', dan orang yang lebih banyak beramal. Bukan cemburu kosong tapi dalam rangka untuk mencontohi mereka. Dalam solat pula, cemburulah kepada orang yang solatnya lebih awal waktu, dapat berjemaah, dan solatnya lebih khusyuk kerana dia lebih mendapat perhatian Allah SWT ketika itu.
11. Berusaha keras meraih redha Allah.
Seterusnya, bukti kita mencintai Allah SWT ialah apabila kita sanggup melakukan apa sahaja demi menggapai redha Allah SWT. Ada 3 kondisi pencinta menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah iaitu:
1)Berat hati untuk mencintai namun dia memaksakan diri.
2)Cinta makin menguat dan dia patuh.
3)Cinta menetap di hati dan dia sanggup mengorbankan apa sahaja.
Cinta kita kepada Allah di tahap mana? Apapun tahapnya, mulai saat ini, buktikanlah kepada Allah SWT, kita sangat cinta pada-Nya. Jom!


Tuesday, March 13, 2012

ALLAH IS ALWAYS WITH ME ,right???


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." 
- Surah Al-Baqarah, 286 


That's mean I'm strong enough to face it.
Akue tahu, akue dah biasa hidup macam nie...
Hidupkan ibarat roda.
Bila kegembiraan datang, ia pasti berakhir. 
Begitu juga sebaliknya, kesedihan juga akan berakhir.
Akue just perlu S.A.B.A.R
Everything happens for a reason, right?
Selagi Allah bersama akue, 
insyaallah akue kuat utk hadapinya.
Hidup takkan sempurna dan takkan mencabar
dan.....
takkan dipanggil KEHIDUPAN 
kalau tiada ujian, dugaan dan cabaran, betul tak?
Akue tak pernah kisah 
kalau tiada sesiapa utk mendengar masalah akue
sebab Allah masih bersama akue
dan sentiasa mendengar rintihan dan keperitan hati nie
betapa Allah itu Maha Mendengar...
BERSABAR sudah cukup memberi akue kekuatan
even akue perlu menangis sorang2.
Akue tahu, semua nie terjadi sebab
Allah sedang mendidik akue untuk sentiasa jadi
SEORANG YANG TABAH
so, just smile *even dalam kepura-puraan :)
ini kerana orang yang paling kuat adalah
orang yg menghadapi dugaan dengan senyuman...



 Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Dia tidak akan timpakan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Dia juga tidak akan jadikan suatu ujian itu sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya.  



I have to be strong in anything that happens
cause I still have Allah by my side...

AL FATIHAH...

Bismillahirrahmanirrahim.....
HELLO WORLD :))
For such a long time I didn't update this blog.

Actually, i'm not in a good mood.
tengah sedih nie.
tadi dari Hospital Besar Melaka *adik ada appoinment dgn doktor
sementara menunggu semuanya selesai
akue termenung.....

Melihat sekeliling dan keadaan hospital.......
mengingatkan akue pada arwah nenek
yang baru sahaja meninggal dunia tahun lepas
seminggu before exam PMR
I MISS HER SO MUCH *Al-Fatihah~
teringat waktu sebelum nenek meninggal, nenek masuk hospital
dulu selalu ulang alik jaga nenek dekat hospital,
terbayang muka nenek,
teringat yang nenek pernah terbaring atas katil,
terkenang kembali yang aku pernah nangis sama2 ngan nenek bila nenek cakap yang nenek dah takkan hidup lama :'(



meleleh air mata akue tadi, bila teringat semua tu.
Only Allah knows it... 
*and td akue just ceritakan dekat kak Amiera Husna jek
sedih.... sebak bila teringat semua tu...
Akue tak pernah lupe untuk sedekahkan Al-Fatihah 
kpd arwah nenek and arwah atuk juga
berkat pahala tu pun tak salah kalau kita sedekah 
utk seluruh umat Islam yg masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.



#nenek selalu pesan belajar betul2... 
pastikan jadi pelajar yang cemerlang. 
i'll always remember that.

Friday, March 9, 2012

MALUNYA AKU PADA-MU

Tika seluruh alam masih lagi sunyi,
Tika manusia sedang lena dibuai mimpi,
Tika sang rumput masih lagi basah disirami embun,
Tika sang suria masih belum memancarkan sinar,
Ku gagahi diri bangun, untuk sujud menghina diri dihadapanMu
Ya Allah, aku cemburu!
Betapa kerdilnya aku di hadapanMu,
Langit dan bumiMu terbentang seluas mata memandang,
Subhanallah, aku tertunduk malu..
Malu denganMu ya Allah,
Aku malu dengan segala makhluk ciptaanMu,
Aku malu pada pohon-pohon hijau,
Aku malu pada batu-batuan
Kerana 'mereka' tidak pernah henti berzikir memujiMu
Tapi aku??
Aku merasa tersindir pada alam sekelilingiku,
Aku merasa tersindir dengan ketaatan makhluk ciptaanMu,
Aku tertunduk malu,
Aku malu Ya Allah,
Aku hanya manusia hina,
Hanya dijadikan dari setitis air mani yang hina,
Aku manusia lalai yang leka dengan arus dunia,
Allahuakbar, lemahnya hambaMu ini,
Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi cinta padaMu,
Mereka yang mempunyai semangat juang yang tinggi,
Mereka yang mempunyai iman yang tebal,
Mereka yang gigih berusaha mencari ilmu,
Mereka yang tanpa jemu menyebarkan kalamMu,
Mereka yang tidak gentar dengan jalan juang yg penuh ranjau,
Mereka yang tak penah kecewa dengan ejekan manusia,
Mereka yang mempunyai semangat jihad yang tinggi,
Kerena apa??
Kerana hati mereka asyik dalam manisnya cintaMu,
Kerana hati mereka tenggelam dalam kasih sayangMu,
Namun aku?
Dalam kesamaran terumbang-ambing mencari jalan,
Jalan untuk aku berubah,
Jalan untuk aku 'renovate' sejadah iman yang telah koyak,
Jalan untuk aku membersihkan sekeping hati ,
Hati yang penuh dengan titik-titik hitam,
Aku perlukan kekuatan dariMu Allah,
Kekuatan untuk aku mengatur langkah hidupku,
Agar aku tidak kecundang dgn arus dunia,
Tetapi aku sedar,
Perjuangan seorang hamba bukan mudah,
Ianya bukan dihampar dengan permaidani indah,
Tapi dipenuhi dgn jalan yang berduri.
Aku menadah tangan menghina diri dihadapanMu,
Aku merayu dan mengemis kepada-Mu,
Agar diampunkan segala dosa-dosaku,
Agar dihadiahi walau setitis cinta dariMu,
Ya Robbi berikanku kekuatan agar aku menjadi hamba yang disayangiMu.