HUMAIRA'


HUMAIRA' :)

dari kiri : 
Aida Najwa, Amiera Husna, Kak Ain, Izzati Najihah & Ainul Zakirah

pada mulanya, kami tidak mengenali sesama sendiri...
sebenarnya, saya rapat dengan Ainul, 
dan kak Aida rapat dengan kak Una.
pada masa yang sama, saya agak rapat dengan kak Una.
Ainul juga agak rapat dengan kak Aida.
cuma, sebelum pertemuan kami berempat,
saya tak berapa rapat dengan kak Aida
dan Ainul pun tak berapa rapat dengan kak Una.

Jadi, Allah pertemukan kami berempat secara tidak sedar.
kebetulan, kami menyertai program 
Nadwah Kepimpinan BADAR
terlalu banyak kenangan manis bersama.
selepas tu, hubungan kami menjadi lebih akrab.
sehingga terbentuknya sebuah usrah, HUMAIRA'







Indahnya suatu ukhuwah itu apabila ia wujud
kerana Dia:)
Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia.
Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia.
Indahnya bila segala perbezaan disatukan 
kerana matlamat yang satu,
iaitu menggapai redhaNya.

Tapi indahnya ukhuwah itu tak cukup sekadar di mulut,
tak terlestari,
sekadar di baris-baris ayat sahaja
dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian.
maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati,
makan hati, sakit hati, akan menjengah hidup kita
dan pastinya ini semua mampu menggugat hubungan
yang dah terbina yang lahirnya semua dari hati.

apa juga permasalahannya, semuanya dari hati KITA.
kita semua berbeza, maka berlapang dadalah.

saya baru diketuk kebanaran.
ukhuwah yang manis tidak dapat digapai secara membuta tuli.
tak cukuplah ukhuwah itu setakat,
"hye-hye dan bye-bye"
tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan
kesatuan dan menenangkan hati.

saya bersyukur kerana Allah pertemukan kita
dengan satu ukhuwah yang manis berlandaskanNya.

sekarang, 
kami tidak berempat lagi........



kami berlima!
ahlan wasahlan ya ukhti, Radna Nadhirah:)


"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu 
mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri"
 (HR. Bukhari-Muslim).

bukannya senang nak cari teman yang baik
dan bukannya senang nak jadi seorang teman yang baik.
teman yang baik tak pernah mempengaruhi temannya
untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
teman yang baik adalah orang yang selalu menasihati
temannya untuk berbuat kebaikan.
teman yang baik adalah orang yang pertama yang akan dicari
bila tiba masa sedih atau gembira.

Ya Allah, aku bersyukur Ya Allah.....
Engkau memakbulkan doaku
inilah ukhuwah yang aku cari selama ini.
telah lama aku menantikan sebuah ikatan yang manis ini.
sungguh, Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
terima kasih Ya Allah :')







kami bermula dengan,
* ta'aruf - saling mengenal
* tafahum - saling memahami
* ta'awun - saling menolong
* takaful - saling menanggung
* ithar - mendahulukan orang lain daripada diri sendiri 

saya sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kami.
saya akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya
ukhuwah yang sebenar.
namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini.
saya masih mahu ukhuwah kami bersemi hingga bila
satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh,
saya tak perlu gusar.
kerana hati-hati kami telah pun terikat padu.

saya mengharapkan setiap hari dari kami,
sentiasa disuluh hidayah Ilahi,
sentiasa berada dalam bi'ah solehah hingga nanti apabila
kami ditakdirkan berkahwin, setiap dari kami mampu
membina baitul muslim yang baik.
saya mengharapkan setiap dari kami sedia berjihad dan syahid.
saya mengharap sangat agar kami menjadi tetangga di 
syurga nanti:)

misi HUMAIRA' :
memikat hati-hati manusia 
ke arah yang lebih baik untuk menghidupkan semula
bi'ah solehah di dalam hati mereka.

visi HUMAIRA' :
berusrah kembali di JannahNya...

SEMOGA ALLAH PERKENANKAN.

1 comment:

  1. kak jihah,
    ayat akak menyentuh hati:),
    COPIED!

    ReplyDelete