Pages


Saturday, October 23, 2010

EXAM=]

HELLO LOVELY BOOKS!!! STUDY TIME:) LIKE EVERYONE SAID LEARNING IZ FUN, RIGHT.?

YEAH... belajar best ape??? nie bkn perli tp kenyataan. tp kena ikut mood jgak kan... jgn paksa sgt. so, GOODLUCK utk final year examination. doakan kejayaan akue jgak eh. USAHA+DOA=TAWAKAL IA AKAN MENJADI KEJAYAAN KITA BERSAMA.




BAHASAMALAYSIAKERTAS1BAHASAMALAYSIKERTAS2 ENGLISHPAPER1ENGLISHPAPER2 MATHEMATICSPAPER1MATHEMATICSPAPER2 SCIENCEPAPER1SCIENCEPAPER2 AGAMAISLAM BAHASAARAB KEMAHIRANHIDUP SEJARAH GEOGRAFI AND BLA BLA BLA...

OUH YEAH, THE SHADOW OF EXAMINATION PAPER IZ COMING SLOWLY IN MY MIND!
sejak kebelakangan nieyh result akue terok je. makin lme makin down. akue bkn ape just kesian kat ibu. slalu bg harapan tinggi kat akue utk dapat good results. tp hasilnya akue just dpt tgk ibu sedih je. sorry laa ibu. akak dh buat ape yg akak mampu. akak bkn xnak tgk ibu bahagia tgk result akak baik. mungkin ini ujian untuk akue. ye laa, kite xkan sentiasa bernasib baik. adakala kite di atas dan adakala kite di bawah. rindoo saat2 dulu. slalu dapat no.1 & no.2 setiap kali exam. skunk nak top 10 pun susah. xpe jiha sabar. mungkin result PMR lagi gempak ke??? ini dugaan Allah buat hambanya.

Friday, October 22, 2010

AKUE

FRIENDS IS LIKE MY STORY BOOKS WHO CHEERS ME WITH A LOT OF FUN STORIES. APPRECIATE OUR FRIENDS IZ A GOOD THING. BUT SOME PEOPLE CANNOT BE TRSUTED EVENTHOUGH HE/SHE KIND TO YOU. SO, BE CAREFUL TO FIND BEST FRIENDS.





I JUST GIVE MY HOPE THAT ALL MY FRIENDS HERE WILL APPRECIATE ME AND BE MY GOOD FRIENDS AND NOT A FRIEND CHEATING BEHIND ME.
I LOVE MY FRIENDS!!!HAPPY WIZ THEM, YEAH!

DiaRY LittLE MusHRoOm

mengapa akue merasakan diriku tidak tenang Ya Allah??? adakah dosaku selama ini terlalu banyak? sesungguhnya Kau Maha Pengampun, Ya Allah ampuni aku...akue merindui saat bersamamu, mengadu kesedihan bersama malam tenangmu, sendirian mengingati dosa lama, mendekati rumahMu, memeluk dan mencium kitab suciMu. Ya Allah adakah sudah cukup cintaku padaMu???dan adakah akue mencintai seseorang melebihi diriMu Ya Allah??? jika benar Ya Allah, teguhkanlah imanku. akue hanya hamba mu yang lemah. Kaulah tempatku bergantung, dan akue hanya berharap agar akue sentiasa di bawah rahmatmu...

Ya Allah akue ingin menjadi hambaMu yang beriman dan bertaqwa, jd berikanlah akue petunjuk dan hidayah ke jalan yang benar mencari cahaya cintaMu. akue berharap Kau tahu bahawa selama ini akue inginkan keluaraga bahagia. sentiasa mendapat ciuman manja dan mesra gelak tawa bersama ibu dan adik2 ku kerana akue sudah tidak lagi punya dakapan erat dr seorang bapa. akue bersukur kerana akue masih lagi punya ibu yang sentiasa mendengar panggilan telefonku ketika akue berada di asrama. akue juga masih mendengar gelak tawa adik2 ku. ALHAMDULILLAH.... akue cuma mampu menjaga diriku yang sentiasa alpa dan lalai dalam tanggungjawab agama suciMu.

terima kasih kerana akue punya rakan2 di sekolah yang bisa memberi layanan mesra padaku ketika akue kesedihan bg pengganti keluarga yang tiada di sisi. semoga akue bisa bersama mereka sebagai teman sejati di taman syurga. Ya Allah, padaMu akue mengadu bahawa akue mencintai seorang hamba. ini sebuah pertemuan buat diriku. kehadirannya mendamaikan hati yang dulu keresahan. tika akue kealpaan dia bisikkan bicara keinsafan. menarik hatiku untuk mendekatinya. jika dirinya bukan untukku redha hatiku dengan ketentuanmu. tetapi akue tidak pernah berniat untuk melafazkan cinta padanya. TIDAK PERNAH. kerna akue takut cintaku padanya melebihi cintaku padaMu Ya Allah. AKU TAKUT YA ALLAH... semoga Kau teguhkan imanku. tetapkan cintaku padamu. akue hanya berharap dia teman yang bisa menjaga hatiku dan menjadi pemanis duka hatiku. akue hanya berserah pada ketentuanMu. akue bukan sesiapa untuk mengubah takdir malah hanya hambaMu yang lemah.

titisan air mata menyubur cinta. pernah suatu ketika hatiku sedih duka tetapi akue masih tidak tahu kenapa??? lalu akue melangkah ke rumahMu, berhadap padaMu, mengadu padaMu bahawa hatiku tidak tenang. akue puas kerana akue menitiskan air mata dihadapanMu mengenang dosa lalu menambah keinsafan. xkan ku lupa saat indah bersamaMU Ya Allah. tabahkan lah akue dalam menghadapi ujian dan dugaanMu Ya Allah. beri akue kekuatan tika akue diuji dengan dugaan.

akue ingin kau tahu Ya Allah bahawa akue sentiasa rindu untuk membaca kitab suciMu Ya Allah. melahirkan ayat2 penenang jiwa. mengalunkannya dengan penuh indah. semoga Al-Quran itu menjadi peneman hidupku mencari cahaya cintaMu Ya Allah...AMIN...

Wednesday, September 15, 2010

Cuba Untuk Berubah

Saat mata kubuka perlahan
Syukur aku masih diberi hidup
Ruang untuk bernafas
Di muka bumi-Mu Ya Allah

Lantas kutitipkan wudhu’
Melangkah sujud pada-Nya
Hanya kepada Engkaulah kami sembah
Dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan

Kuhadapkan wajah menuju kiblatku
Tangan kutadah menyeru namaMu
Ya Allah Ya Ghaffar
Ampunkanlah daku
Sesungguhnya hamba-Mu ini tidak pernah terlepas dari melakukan dosa
Sering lalai dan leka
Dengan muslihat duniawi yang tidak ke mana

Terasa air jernih menitis hiba
Mengenangkan kerdilnya diriku di sisi-Nya
Sesungguhnya
Dia yang Maha Rauf
Tiada walau sedetik melupai aku
Dia yang Maha 3Tawwab
Menerima taubat
Sekalian hamba-Nya
Sebelum Israfil meniup sangkakala

Hati ini… jiwa ini…
Masih lagi merintih
Lagaknya seperti bayi jerih bertatih
Resah nuraniku penuh persoalan
Yang aku sendiri tiada jawapan

Ya Dzul-Jalali
Apa aku bisa menjadi hamba-Mu
Yang lisannya setiap saat basah dengan zikrullah?
Apa aku bisa menjadi umat pesuruh-Mu
Yang senantiasa hidup dengan sunnah Muhammad Rasulullah?
Dan apakah aku bisa menjadi seorang Mukmin
Yang beramal dengan kitab-Mu seluruh hidupku?

Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga-Mu
Namun tidak pula sanggup ke neraka-Mu
Ampunkan dosaku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Ya Allah Ya Rabbi
Pancarkanlah nur-Mu ke dalam hidupku
Biarkan halawatul iman itu meresapi kalbu
Kirimkanlah taufik dan hidayah-Mu untukku
Agar aku bisa berdiri teguh disirat-Mu

Sesungguhnya ibadatku, hidupku dan matiku
Hanya untuk-Mu Ya Allah
Di sini…
Di kiblat ini…
Aku cuba untuk berubah…

Layakkah aku

Aku manusia biasa
Penuh sifat mazmumah yang membelenggui diri
Dendam, marah, putus asa dan kecewa
Bukan itu yang aku impikan

Tapi aku ingat
Aku sememangnya tak layak
Untuk berkata dendam dan kecewa
Kenapa?

Aku kecewa
Untuk apa aku katakan aku kecewa?
Sedangkan usaha belom lagi aku lakukan
Imbas kembali detik kekasih Allah
Kembangkan syiar islam
Penuh onak dan duri
Dicaci dan dimaki sesuka hati
Tanpa rasa kecewa
Diajarkan jua umat manusia
Mencari hakikat ketuhanan yang Maha Esa
Agar berbahagia dunia dan akhirat
Untuk itu
Layakkah diriku ungkap kata 'kecewa'?

Dendam
Untuk apa aku berdendam
Hanya dek hati terguris
Oleh kata-kata yang menyakitkan
Atau perbuatannya yang kalampauan
Oh! Rugilah aku
Sedangkan Rasulullah
Hanya memaafkan umatnya
Lagi mendoakan
Mulia sungguh budi pekertinya
Tanpa perasaan dendam
Kepada sesiapa
Oh! Siapakah aku
Untuk berdendam?

Marah?
Lupakah aku pada hadith Rasulullah?
Daripada Abu Hurairah ra
Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Bukanlah seorang yang kuat itu,ialah orang yang kuat bergusti (tenaganya),
Tetapi, orang yang kuat itu
ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah
Tapi
Mengapa ia masih membelenggu diri
Bagaikan ada tali yang mengikatnya
Oh Tuhan
Syaitankah itu?
Ampuniku Ya Allah
Lindungilah diriku dari musuh-Mu

Oh Tuhanku
Aku hanya manusia biasa
Yang hina lagi dina
Yang penuh dosa kemaksiatan
Ampunilah aku
Permudahkan lah jalan-Mu
Bagiku juga umat manusia
Kejalan keredhaan-Mu

Monday, June 14, 2010

STORY


SAHABAT yang baik adalah apabila memandang wajahnya, membawa mengingati Allah. Mendengar kata-katanya, menambahkan ilmu. Melihat gerak-gerinya meninggikan rasa takut pada Allah. Berkawan dengannya, rasa ingin berjuang ke jalan Allah.

NISA die kawan akue. who always talking about HIM. akue tahu die minat kat DIA tp akue faham sbb Allah mmg beri kita perasaan tu. NISA best. klau layan die mcm layan bdk kecik. she's just like my little sister. kami comel2 gitu. HAHA!

YAYA loves to make funny jokes. looking at her face also feel like you wanna laugh. HAHA!tp jgn buat die BADMOOD nnti die emo gile kalah gorilla. sorry yaya... but i think it's true. (jahatnye jiha nieyh) Ainul??? die seorang kawan yg boleh dibawa bercerita. klau stress nak cari die boleh jgak. kdg2 die klakar bile die buat something yg sgt pelik. Una, OK jep:)akue klakar tgk die bile serious. Izzati, we call her DUD. ramai ejek suara die, kasihan kamoo.klau time klakar tu klakar laa kan. tp akue x suke die buat bising. DON'T LIKE IT. one thing, x suke tgk die emosi maybe she's just the same with yaya. HUH. IMANBOO:) i.l.y.s.m. silly funny little girl. actually everyone iz da same. yg membezakan just hati budi mereka.

KEKASIH YG TERINDAH

Kekasih

lewat senja rindu mula bertamu
mengharap penyesalan atas dosa-dosa silam
lalu aku bertasbih di Mahgrib ini
melangkah Isyak yang menanti


Tengah malam aku yang sepi
aku terlena dalam doa yang panjang
mengharap Engkau mendengar
kerana Engkau Maha Mendengar
mengharap Engkau mengerti
kerana Engkau Maha Mengetahui


Silamku adalah satu pengajaran yang pahit
mengenal manusia dan keperibadian
melalui cerca dan makian
ditambah fitnah yang amat mengejutkan


Tuhanku,

Rebahkanlah daku dalam pangkuan-Mu
dakaplah daku seeratnya dalam pelukan Islam-Mu
kerana tiada yang lain tempatku berserah
melainkan kepada-Mu,Ya Allah…

Thursday, June 10, 2010

PSSGM SBPIS =]



this is my first experience dlm memasuki pertandingan silat remaja...haha...best laa jgak...akue masuk pertandingan silat olahraga remaja kategori A iaitu berat antara 39-42...haha
abg syed dgn abg nazmi serta kak liyana dgn kak syida masuk tempur...abg acap dgn kak teha masuk pertandingan solo...huhu...hebat!



kak sofea,kak fatin dgn kak wawa masuk jurus wajib...
actually tahniah!!!sekolah kita(SBPIS) dpt 16 emas...haha.hmmm...perak dgn gangsa x ingat la pulak...
ckg zamir smart gile bile pkai baju hitam, pkai tengkolok...handsome la jgak...tp paling smart laa...haha



alhamdulillah!!! x sangka dpt emas...hehe...bersyukur laa jgak bru first time dpt pingat emas...seumur hidup akue ini yg pertama...haha
silat olahraga mmg best...tumbuk2 org, tendang2 org...buat jatuhan dan buat sapuan x dpt lg laa....x lme lg ade tournament silat kat kisas nieyh...lg mencabar....so, kene blajar and latih lg nieyh...haha

LOGO PERTUBUHAN SENI SILAT GAYONG MALAYSIA


PERSEMBAHAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010


PERSEMBAHAN KO-KURIKULUM


KAWAT KAKI HARI KO-KU


AHLI PSSGM SBPIS KELAS 1 WAJA 2009 HAHA=]


HERO PSSGM SBPIS FORM2 LELAKI=]


I LOVE PSSGM!!!BEST...HARAP AKUE DPT BELAJAR DGN LEBIH MENDALAM....SEMOGA ILMUKU DPT DIMANFAATKAN...AMIN...

Mencari Keredhaan Mu Tuhan

dihamparan ini ku bersujud
pohon diampuni segala kesilapan
tangan diangkat penuh rasa rendah diri
betapa kerdilnya aku disisiMu Tuhan


selama ini aku mencari-cari
jalan apa yang hendak ku tujui?
samada jalan yang penuh liku dan duri
ataupun jalan yang penuh dengan kenikmatan dan kasih sayangMu


aku bersujud memohon keampunan
airmata tulus suci ini menjadi saksi serta bukti
keikhlasan doaku ini kepadaMu
agar diperbetulkan segala kesilapan lalu


masih adakah peluang untukku?
peluang untuk mencari sinaran yang hakiki
sinar keampunan dan keredhaanMu
masihkah ada?


aku akan tetap terus mencari
walau sepayah mana sekalipun
walau sehebat mana ujianMu padaku
itu janjiku padaMU


agar aku dapat merasa kenikmatan kemanisan cintaMu yang hakiki...

Thursday, May 6, 2010

IN SCHOOL





ddk skolah nie mmg best
i only tension with HW that's all
i luv enjoying with my friends
i start my new life here and learn everything here



basket BEST








best main basket ball
nak masuk basket tp takut x bleh tepati masa andthen takut penat sgt ataupun tension...
latihannye sgt mencabar.

ari tue ade perlawanan basket. mungkin ckg nak cari pemain kowt...
akue masuk game tue mmg best walaupun byk buat salah
kiteorg just menang due kali kalah due kali
tp sediyh laa jgak x dpt jadi juara...
but it is a special experience with my friends.
whooh!!! best!!!

Saturday, May 1, 2010

TENSION




byk nye HW!!!
semalam byk gile HW nak kene hantar...9 subject perlu dihantar dlm 1 hari
antaranya:
*karangan bahasa melayu
*exercise mathemathics
*latihan agama buku modul
*KH nota
*geografi
*sc report
*latihan agama buku target
dan adelah lg...x ingat laa pulak...

mmg tension lah

Thursday, March 18, 2010

Puisi

Membawa kebenaran itu memang payah
Namun...
Jika hati itu telah menjadi milik Allah
Maka tiada lagi kegundahan jiwa.

Bukan mudah...
Yang penting walau apa pun persepsi manusia
Selagi Al-Quran dan As-Sunnah menjadi benteng kehidupan,
Juga...
Solat lima waktu ditegakkan dengan penuh kehambaan

Pasti...
Pasti akan Allah s.w.t. tunjukkan jalan.
Ambillah insan...
Pengalaman hidup yang dilalui sebagai pengajaran

Namun...
Kesedaran yang Allah ilhamkan
Mampu menggoncangkan hati dan iman

Sungguh...
Bukan mata yang buta tapi hati di dada
Beruzlahlah kelak kan kau temui hikmah
Bersabarlah sesungguhnya itu adalah tarbiyah Allah

Bersihkanlah....
Segala persepsi yang membelenggu dirimu
Aku hanya berpesan
Untuk sama seiring sejalan menuju Tuhan

Yakinlah...
Sungguh Allah itu dekat
Mengapa tidak kau rasainya

Apakah manusia telah lupa?
Setelah ia merasakan kecukupan dalam kehidupan
Ia sombong pada Tuhan...
Ia lupa...
Siapa yang membukakan matanya selama ini?
Siapa yang memberikan rezekinya selama ini?
Siapa?
Kalau bukan Tuhan...
Tapi kenapa manusia lupa...

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia (yang bertakwa) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Mahat Teliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan." (An-Nisa,4:135)

"Dan inilah jalan Tuhanmu yang lurus. Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang menerima peringatan." (Al-An'am,6:126)