Pages


Sunday, November 11, 2012

I Learnt From It....

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum wmt. wbt.

sepanjang beberapa hari nie saya sedar sesuatu
yang mungkin dipandang 'just a simple thing"
oleh segelintir manusia.
pernah anda betul2 fikir, 
ape fadhilat solat di awal waktu??
knape org sibuk2 ajak solat awal waktu?
ape pentingya solat awal waktu?
tak semua manusia rasa perkara ni.

alhamdulillah, saya dipilih oleh Allah
saya disapa oleh Allah
untuk sedar tentang perkara nie.


ingin saya berkongsi, beberapa hari lepas.
dalam satu minggu tu di sekolah.
subuh saya pada setiap pagi persekolahan mesti lambat.
tidak seperti biasa, yang sentiasa berkejar utk imam pertama.
sedar2 je mesti da pukul 6.00pg.
nak kejar mandi, kadang2 tak gosok baju lagi.
semua segala bagai nak kejar.
tapi yang peliknya bila hari cuti, subuh awal.
dalam seminggu tu hidup saya tak terurus.
asyik kusut, stress, kadang-kadang jadi tak betul.

ape yg saya pelajari sepanjang minggu tu.
hidup saya mcm tu sebab subuh saya lambat.
lagipun mengikut kajian sains,
kita akan mendapat tenaga yg tidak optimum
jika kita lewat menunaikan solat subuh.
that's true.
hidup tak bertenanga dan tak ceria, itu yang terjadi.
saya mula sedar tentang perkara ni
apabila hari seterusnya saya cuba untuk solat subuh
di awal waktu.
alhamdulillah, sepanjang hari tu berjalan dgn sejahtera.
hari saya bahagia, ceria dan hebat.

juga ingin saya berkongsi, solat di awal waktu itu perlu.
why?? just try it. and you'll feel it.
Diceritakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim
 sanadnya daripada Abu Hurairah,
 bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
"Sentiasa berganti-ganti Malaikat yang menjaga kamu,
 antara Malaikat yang bertugas siang, mereka bertemu
 (berkumpul) di waktu solat subuh dan solat asar, 
kemudian naiklah Malaikat yang bertugas malam menjaga kamu itu, 
lalu Allah bertanya kepada mereka (malaikat), 
sedangkan Allah lebih mengatahui 
tentang keadaan hamba-hambaNya itu, 
FirmanNya : "Bagaimana keadaan hambaKu?"
 Mereka menjawab : 
Kami tinggalkan mereka ketika mereka sembahyang 
(mengabdikan diri menyembahMu) 
dan kami datangi mereka ketika mereka
 mengerjakan sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu)".

Sangat bertuah dan mendapat keuntungan yang sangat besar 
bagi mereka yang dijumpai Malaikat dalam keadaan sembahyang, 
dan ditinggalkan Malaikat dalam keadaan sembahyang pula, 
sehingga Malaikat melaporkan keadaan hamba-hamba Allah 
ketika Malaikat menghadap kepada Allah dengan laporan yang baik.

Oleh kerana itu islam sangat menganjurkan
pada umatnya untuk menjaga solat di awal waktu
dan dengan berjemaah di mana azan dilaungkan, 
terutama sekali solat subuh dan solat asar 
yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran dengan solatulwusta, 
pada ketika itulah penggantian Malaikat, 
antara Malaikat penjaga malam dan penjaga siang. 
Berbahagia bagi mereka yang dapat menjaga solatnya di awal waktu.

honest, this is seriously true.
sebab itu setiap kali saya ajak solat di awal waktu
saya cakap, insyaallah Allah permudahkan urusan kita
pada hari ini sebab kita permudahkan urusan kita dgn Dia.
betul kann?

seterusnya berkaitan dengan statement,
" everybody wants their prayer to be answered on time,
but the thing is,
nobody wants to pray ON TIME"
kalau kita tadabbur kembali 
surah al-baqarah verse 45 :
and seek assistance through patience and prayer
and most surely it is a hard thing except for the humble ones.
actually, dengan solat itulah kita boleh minta
pertolongan Allah. dan kita tahu, solat itu adalah doa.
jadi kalau kita mahu doa kita di dengar Allah, 
maka jagalah solat anda sebaiknya:)

insyaallah, setiap yang saya sampaikan
bukan sekadar mengingatkan anda semua tetapi
turut mengingatkan diri sendiri yang sentiasa
leka, lalai,alpa dan sibuk dengan hal dunia.
sama-sama kita musabah dan koreksi diri.
tanda Allah sayang, hadir seseorang utk mengingatkan.
tanda allah sayang juga
Allah menggerakkan hati kita untuk saling mengingati.
alhamdulillah...

seeking His blessing:)

No comments:

Post a Comment