Pages


Friday, June 7, 2013

Berlari Mencari

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum. wmt. wbt.

husna.jiha.aida.radna.ainul.

sejujurnya jiha rindu suasana dulu. jiha tertanya-tanya, do people change due to the time passing by? i think i changed. semakin waktu berjalan semakin jauh jiha berlari dengan bukan cara jiha yang dulu. jiha rasa, jiha sedang mengalami fenomena turun naiknya iman. jiha takut.. betul, jangan kita sangka kita dah cukup selesa dengan iman kita selagi kita tidak diuji. jiha rasa semenjak dua menjak ni jiha banyak sangat buat dosa sampai jiha rasa tak setimpalnya taubat yang jiha laksanakan untuk tebus balik salah jiha. jiha malu.. Allah, Kau memang merahmati mengatasi kemurkaanMu tapi jiha takut seolah-olah jiha mempermainkan peluang tu. kalau diimbas, dulu jiha suka dengar ceramah, suka bagi tazkirah pada orang lain, saling menyampai dan mengingati, mengajak orang lain bersama melakukan sunnah, berpakaian molek menutup aurat, tadabbur dengan ahli usrah, solat tepat pada awal waktu, melaksanakan tanggungjawab dengan usaha yang termampu dan lain-lain perkara mahmudah. pada waktu itu, ingat mati sahaja terus menangis.

pada hari ini, jiha bukan nak kata jiha berubah secara drastik sehingga jiha jadi luar biasa di luar batasan. bukan. cuma, suasana solehah tu terasa makin berkurang pada diri jiha.. betul, jiha rasa. jiha selalu mengadu pada kak aida tentang keadaan ni pada masa yang sama jiha rindu sangat pada dia. :'( rindu sangat. sebab pada mulanya, dia yang bawa biah ni dalam diri jiha melalui ilham Allah swt. jiha yang pada mulanya hanya atas nama islam baru kenal dengan makna iman dan islam ketika itu. selepas tu, jiha tertarik untuk bina usrah sebagai kekuatan untuk sebarkan dakwah walaupun hanya di sekolah. terbentuklah usrah humaira' yang tergolong mukminah solehah insyaallah; husna, jiha, aida, radna dan ainul. sampaikan ada masa tu kitaorang ditentang sebab terlalu menyerlah gerakan kitaorang di sekolah. tapi itu semua ujian dalam berdakwah bukan? itulah yang paling manis dalam hidup jiha dan jiha rindukan semua tu...

kak aida pernah dengar jiha luahkan pasal perkara ni, jiha sedih. alhamdulillah kak aida bagi jiha semangat. jiha megadu dulu tiap-tiap tahun jiha akan baca quran setiap kali lepas solat paling kurang dua page dan khatam. tapi sekarang jiha kurang. dulu selalu sangat tadabbur quran, tapi sekarang jarang. dulu selalu puasa tapi sekarang.. hhmm... dulu rajin pakai jubah, sekarang ikut mood je. dulu pakai tudung labuh tak pernah kesah sebab lagi selesa dan menutup aurat, tapi sekarang kalau tak iron malas nak pakai. dulu hujung minggu ingat saja nak qiam, tapi sekarang perlu diingatkan. dulu banyak luangkan masa dekat surau, tp... hhmm... jiha taknak salahkan faktor spm tahun ni semata-mata. ni bukan alasan untuk jiha jauh dari meluangkan masa untuk Allah. jiha tak tahu kenapa sekarang jiha tak kuat.. kak aida kata, takpe. alhamdulillah kita masih belum terlambat untuk sedar. alhamdulillah, jiha syukur Allah masih sayangkan jiha.

tapi... jiha nakkan kekuatan. nak tahu, jiha senang jatuh kalau tiada yang membimbing. jadi jiha perlukan kawan-kawan jiha, ahli usrah jiha untuk teruskan hidup atas keredhaan Allah bukan atas keseronokan dunia semata. mungkin sekarang jiha sedang berada di bawah yang mana Allah nak tengok jiha bangun balik, betulkan? insyaallah, jiha akan berusaha untuk bertaubat dan periksa setiap amalan yang jiha pernah tinggal. kemanisan ibadah tu perlu sentiasa dirasai supaya kita rasa terhibur bukannya penat dalam beribadah. jiha pun perlukan bimbingan untuk memperluaskan ilmu mengenai islam supaya jiha tak senang jatuh bila terasa berputus asa dalam berdakwah. 

Jiha, menjadi mukminah solehah jangan pernah down untuk terus akrab dengan Allah swt. 


teruskan langkah mencari keredhaan ALLAH,
jangan berhenti di mana kita jatuh,
syukur kita masih sedar, 
kerana Allah sayangkan kita.

Thursday, June 6, 2013

Khabar Gembira :D


with the name of Allah
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum. wmt. wbt.

hei hei hei... hehe. tersenyum saya bila tengok gambar ni. isn't it? bangga kot, baru graduate dari USA. seronok jadi abang arieff. kepulangannya disambut oleh keluarga, orang kampung juga turut serta. alhamdulillah, kejap je dah empat tahun die dekat USA. nampak bezanya sebelum die fly dengan yang dah balik ni. dah tembam! haha. nak buat kenduri untuk dia, semua orang sibuk mengalahkan nak raya. kalau arwah nenek ada, mesti lagi meriah. teringat terus kat arwah nenek... hhmm... rindunya... 


dulu, setiap kali sebelum balik hostel, arwah nenek selalu pesan "belajar rajin-rajin. pastikan dapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan" itu jelaa ayat yang sama arwah nenek ulang. seriously tak tipu. memang tak lupa. tapi cuma aku je.., yang nak usaha atau tak. menangis bila kenang balik... tu sebab cerita pasal abang arieff, bila abang arieff balik ibu, makcik semua teringatkan arwah nenek. dulu, masa nak hantar abang arieff naik flight nenek ada sekali. menangis peluk peluk tau. sedih tengok nenek. * alamak yang menulis ni da mula sebak :')


tapi bukan dengan izin Allah, nenek  tak dapat sambut abang arieff balik. abang arieff, you should be proud. and i'm proud of you... menjadi pembakar semngat tau. hhmm.. sedih3. insyaallah, saya belajar betul betul untuk masa depan dan juga kebahagiaan keluarga. i wish i could fly. teringin jugak belajar dekat luar negara. dan boleh bawa khabar gembira bila balik Malaysia. seronok kann? haha. selama ni mengidam ke Jordan tapi wallahu ta'ala 'alam... saya tunggu perancangan Allah. dapat Australia ke, London pun best. haha. berangan laa. tapi kalau boleh nak rasa hidup kat negara timur sana. harap terjaga dengan suasana bi'ah solehah... ingat pesan arwah nenek especially, "belajar rajin-rajin. pastikan dapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan" :') insyaallah..

We can because we think we can. Keep on going follow your dreams and stay strong for the 5thYear :) 2013SPM StraightAPlus.