Pages


Wednesday, November 28, 2012

'DUA BUDAK KECIK'

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum. wmt. wbt.

alololololo comey nyew... ^_^

really miss you sayang.
sayangnye awak da pergi... actually nak kongsi.
suatu masa dahulu tersebutlah kisah =.="
K.A.M.I. budak dorm s.e.p.u.l.u.h.
dapat ahli keluarga baru

mimi dan momo :D


such cute kitties.
'ibu' kepada mereka ialah Anis Nazirah
kami cuma kakak2 mereka sajaa. hahah!!
malangnya beberapa minggu kemudian.
when we enter our 'home'
there was such a terrible thing happened
mimi terlentang. momo tade kepala!!!
darah bersepah2 (hah??? bersepah? ape ke bahasa tu?)
seram tengok. but pada masa yg sama, kami sedih...
sedih gilaa... dan macam org gilaa..
dalam banyak2 dorm, 
budak dorm saya laa yang rela menerima mereka.
org lain semua nampak jek kucing
"shuh! shuh! jangan laa masuk!" *kesian...
'budak kecik' yg selalu kiteorg main bersama dah pergi.
"kau pergi~~~" :'(
kekejaman berlaku.
 ibunya dipersalahkan kerana bersikap kejam.
makan anak sendiri! ish3.
\KAMILAH PENCINTA KUCING!

Saturday, November 17, 2012

Favourite Girls

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum wmt. wbt:)

 the moment passing by....

kakakshujo.piya.syera.una.
my favourite girls
there's too much memories we've together
from the first met until today.

thanks for giving me the love.

kak shuhadah johari....
maaf kalau selama nie banyak salah dan silap. dulu saya selalu kacau awak. kadang-kadang saya sendiri rasa yang awak pun mesti rimas. tapi itulah saya. mencari-cari kasih sayang seorang kakak. saya takkan lupe yang kita pernah kongsi masalah sama2. awak jugaklah yang banyak support saya waktu pmr dulu. saya yang selalu datang dorm awak untuk study sama-sama. and one more thing, harap awak masih ingat yang saya ade suruh awak simpankan keychain saya. it's okey. simpan jelaa... thanks for everything ea.

kak sopiyah kak syahirah....
dalam manja2 awak berdua sebenarnya awak ada sifat tabah. baguslah. macam tu laa kakak2 saya. dalam garang awak berdua ada comelnye. hehe... *amboi, puji lebih2. awak berdua selalu teman humaira' untuk luangkan masa bersama ustaz. alhamdulillah, kita sama2 timba ilmu, kongsi ilmu... itulah ukhuwwah yang hidup dalam bi'ah solehah, teruskan usaha untuk mencari keredhaan Allah. saya suka untuk luangkan masa bersama awak berdua. saya ajar awak tentang agama. awak berdua ajarkan saya jugaa. kita sama saja. masing2 ada kelebihan masing2 tapi kelebihan itulah yang kita kongsi bersama. rasa pantas sangat masa berlalu kan? tak puas lagi sebenarnya nak luangkan masa bersama. insyaallah, panjang umur kita jumpa lagi. awak berdua jangan lupa saya. terima kasih utk semuanya.

kak amiera husna....
awaklah antara yang paling dekat dengan saya...


you're my bestiest:) setiap kekurangan awak saya terima seadanya. dan setiap kelebihan awak saya jadikan contoh. since our first met until today, i've never regret to know you. kalau nak cerita pasal awak, sangat panjang.. kalau saya tulis semua tentang kita dekat blog saya nie pun berkemungkinan besar saya akan menangis. bila saya pandang kawasan bumi bertuah selandar tu pun setiap sudut tu ade je kenangan kita bersama. kadang-kadang buat saya menitis airmata bila dikenang. macam manalah saya nanti tanpa kakak sayang saya nie. semua saya buat dengan awak, kak. rasanya tak pernah sekali pun saya lupa awak. saya cuma harap awak selalu bahagia. terima kasih sebab sudi beri kasih sayang awak pada saya.  awak yang sudi layan kerenah saya, gedik2 saya, mengada saya, manja saya, degil saya, sedih saya, celoteh saya dan semuanya... saya terima kakak saya seadanya. kak, saya sayang awak sampai bila2. dengan izin Allah, awak selalu dalam hati saya.

and never forget you, Aida Najwa:)

Humaira'

sungguh indah susunan Allah tu kan? Do you remember the hard times we went through? saya ingat lagi yang kita bertiga pernah menangis bersama kerna ditimpa ujian yang cukup menguji keimanan. But there was not one thing that could bring us down. alhamdulillah,  saya dipertemukan dengan awak, kak. syukran atas segalanya. halalkan segala ilmu yang awak beri. segala apa yang saya pinjam pakai dan guna. kak, awak dah banyak sedarkan saya. Allah hantarkan awak untuk saya menjadi lebih baik. Alhamdulillah, Allah hantarkan hubungan atas keimanan nie. setiap teguran awak sangat berguna utk saya kala saya leka, lalai, alpa dan lemah. awak jugalah yang mengajar saya untuk terus berusaha. walaupun hidup kita sudah ditentukan allah, tapi kita perlu berusaha. kata, nak masuk syurga sama2...?? so, sama2 kita cari tickets ke syurga kann kak? maafkan segala salah silap saya, kak. sekali lagi terima kasih untuk setiap kenangan, dugaan, ujian yang kita tempuh sama-sama. dulu, kini dan selamanya kita adalah humaira', hubungan atas keimanan.... ingat, kita bertiga masih lagi ada perjuangan bersama. 

akhir sekali dari saya untuk semuanya, buat yang terbaik untuk spm. saya nak kakak2 sayang saya nie semuanya straight A's tau! amin, insyaallah....

KAKAK-KAKAK SAYANG:)
UHIBBUKUNNAFILLAH!!!

I remember us praying at night
And just dreaming about this together
I’m so blessed to have you in my life
And now we can enjoy these blessings forever
There was that one place I always thought about
And I just wanted to be there with you

semoga kita berusrah kembali bersama di JannahNya
insyaallah...

Tuesday, November 13, 2012

Allah Tahu Aku Mampu

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum wmt. wbt.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba
 melainkan apa yang terdaya olehnya. 
( QS. Al-Baqarah: 286)
from this verse, He has already told us
in every hardship, trials of life that given to us
we can face it.
i trust Allah swt.
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa 
ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, 
adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. 
Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya 
dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan.

tak semua orang faham, hidup ini adalah ujian
yang kita lalui ini adalah ujian.
nafas adalah ujian. rezeki adalah ujian. 
anggota badan adalah ujian. keluarga adalah ujian.
masa adalah ujian. nikmat adalah ujian.
musibah adalah ujian. semuanya ujian.
dan, UJIAN TAKKAN PERNAH BERHENTI
SELAGI KITA BELUM DIPANGGIL ILAHI.
as i've said before hidup adalah ujian.
semuanya adalah untuk menguji keimanan kita.
MENGUJI KEIMANAN KITA.


Ini telah dibuktikan secara jelas 
.أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون
. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan 
dengan hanya berkata: “Kami beriman”,
 sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?
Dan demi sesungguhnya!  Kami telah menguji 
orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, 
maka (dengan ujian yang demikian), 
nyata apa yang diketahui Allah 
tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, 
dan nyata pula apa yang diketahui-Nya
 akan orang-orang yang berdusta. 
(QS. al-Ankabut: 2-3)

sahabat yang dikasihi Allah swt,
bukan senang untuk menjadi hambaNya 
yang benar-benar beriman dan bertaqwa.
pelbagai ujian dan dugaan yang perlu ditempuh.
berdoalah agar disempurnakan islam, iman dan ihsan.

Cukup halus tatkala menghayati 
seni tarbiyah Allah swt yang sebenar.
 Dan sebaik-baik tarbiyah Allah adalah dengan ujian dan musibah.
 Kaifiyat tarbiyah Allah bilamana diteliti kehalusannya 
akan menimbulkan keinsafan dalam diri. 
Maka lahirlah pula pelbagai sifat-sifat mahmudah. 
Inilah tarbiyah Allah SWT.
TarbiyahNya menyemarakkan iman seseorang.
 Hatinya yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu kepada Allah swt.

saya mula sedar betapa kekuatan itu perlu
untuk hadapi semua ini kerana
ALLAH TAHU AKU MAMPU!
Hidup dan Ujian itu ibarat pasangan.

betullah, 
kita takkan ada rasa bengang kalau tak kena marah.
kita takkan gelak kalau tak kelakar.
kita takkan hidup kalau tak boleh bernafas.
kita takkan belajar kalau kita nak gagal.
kita takkan makan kalau kita tak lapar.
kita takkan jatuh cinta kalau tiada perasaan.
bukankan itu semuanya ujian?

adakalanya ujian itu manis tapi memudharatkan.
adakalanya tidak.
adakalanya ujian itu pahit tapi menyeronokkan.
pahit? tapi menyeronokkan?
ramai yang pelik, kenapa pahit tapi menyeronokkan.
kita takkan minta manis kalau kita tak pernah rasa pahit.
itu yang saya rasa.
kalau betul, kita inginkan kemanisan iman itu
seharusnya kita bersyukur apabila ditimpa ujian
walau
sepahit mana sekalipun.
maka, husnudzon itu juga perlu. husnudzon dgn Allah swt.

Dalam kita menghadapi ujian, pasti ada jalan keluarnya. 
Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah 
pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi,
 "sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". 
pernah juga saya rasa hampir putus asa dengan ujian Allah.
tipulah kalau tiada yang pernah rasa.
saya juga lemah.
dan setiap kali saya lemah itulah buat saya rasa perlukan Allah.
saya juga perlukan seorang insan untuk didampingi.
insan yang boleh buat kita tersenyum kembali.
insan yang buat kita bangkit semula.
kalau ayat orang putih,
" the one who wipes my tears. lend her shoulders."
and whatever laa kann...
cuma, sama-sama kita sedar
jangan pernah berputus asa. "La taiasu"
"Innallaha ma'ana.." :')

terakhir dari saya,
ujian itu salah satu tarbiyah Allah swt.
tarbiyah itu perlukan penghayatan yang tinggi iaitu
penghayatan iman yang mantap.
maka, sama-sama kita mantapkan iman kita wahai insan!
kelak kita akan rasa kemanisannya.

"Bersabar dengan ujian itu adalah biasa
Namun bersyukur atas ujian itu 
adalah luar biasa"

hadapi ujian dengan bahagia.
senyumlah, walaupun berpura-pura:')
kerana Allah itu sentiasa ada.

Sunday, November 11, 2012

I Learnt From It....

with the name of Allah
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum wmt. wbt.

sepanjang beberapa hari nie saya sedar sesuatu
yang mungkin dipandang 'just a simple thing"
oleh segelintir manusia.
pernah anda betul2 fikir, 
ape fadhilat solat di awal waktu??
knape org sibuk2 ajak solat awal waktu?
ape pentingya solat awal waktu?
tak semua manusia rasa perkara ni.

alhamdulillah, saya dipilih oleh Allah
saya disapa oleh Allah
untuk sedar tentang perkara nie.


ingin saya berkongsi, beberapa hari lepas.
dalam satu minggu tu di sekolah.
subuh saya pada setiap pagi persekolahan mesti lambat.
tidak seperti biasa, yang sentiasa berkejar utk imam pertama.
sedar2 je mesti da pukul 6.00pg.
nak kejar mandi, kadang2 tak gosok baju lagi.
semua segala bagai nak kejar.
tapi yang peliknya bila hari cuti, subuh awal.
dalam seminggu tu hidup saya tak terurus.
asyik kusut, stress, kadang-kadang jadi tak betul.

ape yg saya pelajari sepanjang minggu tu.
hidup saya mcm tu sebab subuh saya lambat.
lagipun mengikut kajian sains,
kita akan mendapat tenaga yg tidak optimum
jika kita lewat menunaikan solat subuh.
that's true.
hidup tak bertenanga dan tak ceria, itu yang terjadi.
saya mula sedar tentang perkara ni
apabila hari seterusnya saya cuba untuk solat subuh
di awal waktu.
alhamdulillah, sepanjang hari tu berjalan dgn sejahtera.
hari saya bahagia, ceria dan hebat.

juga ingin saya berkongsi, solat di awal waktu itu perlu.
why?? just try it. and you'll feel it.
Diceritakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim
 sanadnya daripada Abu Hurairah,
 bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
"Sentiasa berganti-ganti Malaikat yang menjaga kamu,
 antara Malaikat yang bertugas siang, mereka bertemu
 (berkumpul) di waktu solat subuh dan solat asar, 
kemudian naiklah Malaikat yang bertugas malam menjaga kamu itu, 
lalu Allah bertanya kepada mereka (malaikat), 
sedangkan Allah lebih mengatahui 
tentang keadaan hamba-hambaNya itu, 
FirmanNya : "Bagaimana keadaan hambaKu?"
 Mereka menjawab : 
Kami tinggalkan mereka ketika mereka sembahyang 
(mengabdikan diri menyembahMu) 
dan kami datangi mereka ketika mereka
 mengerjakan sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu)".

Sangat bertuah dan mendapat keuntungan yang sangat besar 
bagi mereka yang dijumpai Malaikat dalam keadaan sembahyang, 
dan ditinggalkan Malaikat dalam keadaan sembahyang pula, 
sehingga Malaikat melaporkan keadaan hamba-hamba Allah 
ketika Malaikat menghadap kepada Allah dengan laporan yang baik.

Oleh kerana itu islam sangat menganjurkan
pada umatnya untuk menjaga solat di awal waktu
dan dengan berjemaah di mana azan dilaungkan, 
terutama sekali solat subuh dan solat asar 
yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran dengan solatulwusta, 
pada ketika itulah penggantian Malaikat, 
antara Malaikat penjaga malam dan penjaga siang. 
Berbahagia bagi mereka yang dapat menjaga solatnya di awal waktu.

honest, this is seriously true.
sebab itu setiap kali saya ajak solat di awal waktu
saya cakap, insyaallah Allah permudahkan urusan kita
pada hari ini sebab kita permudahkan urusan kita dgn Dia.
betul kann?

seterusnya berkaitan dengan statement,
" everybody wants their prayer to be answered on time,
but the thing is,
nobody wants to pray ON TIME"
kalau kita tadabbur kembali 
surah al-baqarah verse 45 :
and seek assistance through patience and prayer
and most surely it is a hard thing except for the humble ones.
actually, dengan solat itulah kita boleh minta
pertolongan Allah. dan kita tahu, solat itu adalah doa.
jadi kalau kita mahu doa kita di dengar Allah, 
maka jagalah solat anda sebaiknya:)

insyaallah, setiap yang saya sampaikan
bukan sekadar mengingatkan anda semua tetapi
turut mengingatkan diri sendiri yang sentiasa
leka, lalai,alpa dan sibuk dengan hal dunia.
sama-sama kita musabah dan koreksi diri.
tanda Allah sayang, hadir seseorang utk mengingatkan.
tanda allah sayang juga
Allah menggerakkan hati kita untuk saling mengingati.
alhamdulillah...

seeking His blessing:)

Tinggal Kenangan

with the name of Allah 
the most gracious and the most merciful
assalamualaikum wmt. wbt.



siapa yang tak kenal budak dorm 
s.e.p.u.l.u.h. :DD

budak dorm yang selalu buat bising
gilaa kentang
gilaa kamera
gilaa makan *fact ^_^
semuanya GILAA...

tapi yang gilaa tu laa yang saya sayang:)

walaupun kita selalu gaduh
kadang-kadang pagi2 lagi da bising
malam2 terjerit sana sini
tapi pernah ke kita kesah pasal semua tu?
yang penting kita bersama.
itu semua gurauan kita. biasa jek.
kata jiwa tenang, Nossa Vida Tranquila.
 yang pahit itulah yang manis.
dan yang manis itu lebih manis.

rindu.rindu.rindu. dekat awak semua:)
kita main true or dare. final destination sama2.
potluck bersama setiap kali balik wajib.
tidur atas karpet petang2.
rebut tengah2 carpet tiap2 malam. *but i prefer my own bed.
ingat lagi?
for the first time saya kene simbah dgn korang
waktu gotong-royong di toilet 1
because of my belated birthday!
rindu nak dengar gemok nyanyi lagu gedik korea die.
KRIS DAYANTI yang emo giler.
ayu yang selalu kejut saya pagi2.
selalu tumpang tido katil erin petang2.
gedik2 dengan eida. bicara endon dengan aimi.
cari pasal dengan fatin. peluk najwa kuat2.
baring2 sambil dengar mp3 dgn najwa.
membebel dengan tyra.

i miss the whole moments we're together
















and i'll never forget
yang kita pernah menang 
KAMAR TERBAIK ASPURI!

and this girl, menyebok!

tak bayar duit karpet.
tak malu ehh duduk dorm org??
tiap2 malam tido dorm sepuluh.
bayar ahh... ^_^



fatin atikah:)
dah biase kene mcm nie.
tp die TABAH.  nie laa cari kami bergurau. 
gurau pujuk balik. tapi fatin tade perasaan.
tak payah pujuk pun takpe. huhu..
walaupun dorm awak di bawah,
awak tetap keluarga kami. so sweet~
kami sayang fatin atikah.. 
you're a part of us.

dan inilah kali terakhir kita makan sama2 haritu.
rindunya...


dormmates, saya sayang awak semua:)
hajar, aimi, tyra, anis, radna, aini, najwa,
ayu, nazira, fira, erin, mia, eida, awin,
qila, nadyah.....
tidak lupa juga kepada yg turut disayangi
fatin dan roffina:D

SAYANG KAMU SEMUA

with the name of Allah the most Gracious and the most Merciful:)
Assalamualaikum wmt. wbt.

it's been quite long long long and long for me
as i'm not update-ing anything since 3 months ago.
maaf =.="
saya sibuk disekolah dan lama dah tak balik rumah.

semuanya berlalu begitu pantas.
aku, kau dan dia.
macam2 yang kita lalui bersama.
friends, you are needed.
who is the one will cheer me up without you?
who is the one will help me out when i'm weak?
who is the one should i talk when i'm bored?
who is the one should i say hi if it's not you?
who's laugh will i heard if it's not yours?
who's advices should i pay attention if it's not from you?

friends, thanks for everything.
TERIMA KASIH KAWAN:)
saya sayang awak semua

classmates



nurul atika:)



effa syahirah:)



nisa sharif:)



izzati fitri:)



kawan bersama:)


dalam hidup, kawan tu sgt penting.
terutamanya dalam menghadapi dunia luar.
alhamdulillah, saya temui kawan yang sentiasa bersama saya
susah senang, gelak tawa, duka lara,
pasif aktif, gila kentang semua adaa..
Allah, thanks for giving me the chance 
to feel the happiness with them.


Allah yang menentukan nilai ukhwah yang terjalin.
maka, saya akan berusaha menjadi sahabat yg terbaik
untuk mereka.
walau tika masa saya juga turut lalai
alhamdulillah saya punya mereka utk diingatkan.
apa yang saya harap, mereka turut setia bersama saya.
sentiasa bantu dalam susah
dan kenang ketika gembira.
lastly, i just wanna say friends,
I NEED YOU ^_^
terima kasih sbb sudi jadi kawan dan sahabat
untuk saya.
you help me in studies,
you teach me the meaning of life,
you make me smile,
you wipe my tears,
you remind me to stand up again when i fall
and so everything...





jika benar kita menyayangi seseorang,
maka kita akan berusaha membawanya jauh dr api neraka
and that's we called,
SAHABAT:)