Thursday, December 29, 2011

LOOK FOR DA FUTURE


what is your ambition?
atau dalam erti kata lain...
APAKAH CITA-CITA KAMU?

do you know, what?
akue asyik tertanya-tanya ape cita2 akue yg sbenar ek?
ibu, adik, makcik, pakcik, kawan, cikgu
kadang-kadang ade tanye jugak
"dah besar nak jd ape kak?" 
asal tibe soalan tu jek akue garu kepala yg tak berapa gatal nie
hhhmm... betul jugak tuh
akue masih tak tahu lagi apa cita-cita akue
apelah...
dah besar panjang, smpai sekolah menengah pun
masih taktahu cita-cita sendiri

sometimes,
bile akue asyik tukar cita-cita setiap tahun
*yelah biasanyakan budak-budak mmg mcm tu suke tukar2
seolah-olah akue merasakan
i don't have any confidents with my ownself

bile cerita pasal impian, cita-cita dan kerjaya
ada yang nak jadi chef, doktor, cikgu
and blaa...blaa... *mcm2 laa
akue selalu sangat berangan nak jadi
interior designer
this is because, dulu2 akue suka sangat menonton
rancangan yg ada *ERIC LEONG tu...
DEKO IDAMAN kann...?
haa... ye laa kot. rasenye betol.
this TVshow is my favourite since sekolah rendah :DD
each time i watch this TVshow, 
akue selalu berangan nak decorate rumah sendiri
*berimaginasi tinggi :)

sometimes,
terfikir jugak nak jadi cikgu
mcm best jek
teringin juga nak jadi 
seorang guru cemerlang yg cemerlang 
dalam mendidik para pelajar cemerlang
sehingga cemerlang dalam pelajaran.
hahah! :DD
baru laa dapat banyak awards nnti...
lagipun, pada gurulah ada kerlip-kerlip cahaya kebajikan
dalam setiap nilai yang mereka ajarkan
and the most important thing,
guru wajib dimuliakan kerana mereka ialah
insan mulia dan tinggi kedudukannya.

sekali-sekala
terfikir juga nak jadi macam
ustazah Siti NorBahyah
seorang pendakwah muslimah dan penceramah bebas
yang berdedikasi lagi berwibawa
cara dia berinteraksi, berdakwah, dan berkata-kata
sangat berhikmah dan berkesan
dia sangat komited dlm bidang pendakhwahan
secara profesional.

hhmmm.. jadi, itulah akue.
masih belum pasti dengan kerjaya sendiri utk masa hadapan
maybe i need a little bit more time
to think carefully about my future
tapi itulah, kadang-kadang
terasa nak jadi interior designer,
 tp takut tak sesuai dan tak kreatif sangat
nak jadi cikgu,
maybe itu pilihan terakhir
nak jadi seorang pendakwah atau pakar motivasi
risau diri ini kurang ilmu dan tidak petah berbicara
and laslty,
ibu ada cakap,
"jadilah doktor kak. nanti kalau ibu sakit, ada doktor kat rumah"
maybe tak salah jugak kalau akue jd doktor

tak kisah laa apa-apa pun.
i'll try my best to choose the best for my future life.
INSYAALLAH...






Monday, December 26, 2011

OPICK TERBAIKKK ...!!! :)


assalamualaikum...

anda kenal siapa opick..?
Aunur Rofiq Lil Firdaus 
atau lebih dikenali sebagai Opick merupakan seorang pencipta lagu
dan penyanyi religious dari Indonesia
tiba-tiba akue rase jatuh cinta dengan semua lagu2 die
setiap lirik yang dia tulis sangat memberi makna
tak kisah dari segi aspek agama, cinta, kehidupan, dan dugaan
lagu pertama yg membuat akue terasa nak stalker
lebih lagi tentang opick, lagu nie lah RAPUH
best!
mengingatkan kita semua tentang cinta dan perasaan
terhadap Allah.
cuba kita mendalami lagi itu
tentu ramai yang jatuh hati dengan lagu 
yg sangat menyayat hati nie.
and now, blog akue semuanya play lagu opick
speacial for all of you to listen
these are all my favourite songs
seriously :)

Sunday, December 25, 2011

LAYAN :)



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

I WISH YOU WERE HERE, FRIEND

Dear blog,




i miss my bestfriend :)
for such a long time before this, he stole my heart
but i've made up my mind
to STOP thinking 'bout him because
i felt guilty with all my actions
i really don't want our relationship to be a sin
i've made a decision
to stay away and to be far from him
i just wanna let go this feelings
and the next year,
his actions speak louder than words
he just said to me that he really loves me
the way he talk to me
the way he cares about me
the way he treats me
the way he entertained me
it proves that he really really love me
i don't know what to say
biarlah sulit mengaku cinta
asalkan bukan cinta itu mengulit dosa
i don't want this feeling make me be apart from HIM
akue taknak dgn perasaan tu akue jauh dr Dia Yg Maha Esa
TAKNAK!!!
it's too late...
after years... my feelings towards him had just fades
and now, i only can love him as a bestfriend
sorry to say
i can only love you as my bestfriend
not more than that.
but now, you become far from me, friend!
dia jauh dari akue sbb dia nak buang perasaan tu
supaya dia boleh terus berkawan dgn akue
akue tahu dia juga takut berdosa
sepertimana yg dari dulu lagi pernah akue rasa
okey, fine.
i'll wait for you.
maybe akue perlu terima hakikat 
yg akue akan jauh dr kawan baik akue
yg dulu selalu mengambil berat tentang akue
menasihati akue
berkongsi cerita, bergurau senda
bersama susah dan senang juga suka dan duka
akue tahu dia lelaki yang baik
sbb itu akue suka berkawan dgn dia
anda semua tahukan akue susah nak percaya lelaki
tapi dialah lelaki pertama yang akue percaya
dan dialah kwn akue yg baik
tak salahkan, berkawan baik dgn seorang lelaki yg baik?




















i'm not supposed to write this, right?
sorry, just nak luahkan. i know it's privacy. :(
JADI, TABAH.





Saturday, December 24, 2011

TIADA TERMA & SYARAT DALAM TAUBAT


Dosa merupakan penghubung antara manusia dengan taubat. Setiap insan pasti akan terdetik didalam sanubarinya, rasa ingin bertaubat dan ini merupakan langkah pertama dalam menuju hakikat hidup yang sebenar. Fitrah dunia ini diciptakan adalah menjadi pentas buat kita mengumpul sebanyak bekalan yang mampu dibawa kedunia yang kekal abadi, dan beruntunglah mereka yang melalui jalan-jalan menuju taubat.
Adakah Masih Ada Peluang?
Suasana hening dan nyaman di sekitar Gerai Mcfly membuatkan aku terkesima dengan deruan ombak yang membasahi pantai. Sangat sukar merasai suasana seperti ini tatkala Musim Monson di Pantai Timur terkenal dengan angin kencang dan deruan ombak yang menggila. Teh tarik yang masih panas aku hirup perlahan-lahan menjadi pelengkap kepada kedamaian petang itu.
Sedang asyik melayan perasaan, aku disapa oleh satu suara yang sangat aku kenali. "Sorang je ke?", dengan refleksi spontanku menjawab "waalaykumussalam, a'ah sorang je", Amir menjadi segan seketika, mungkin merasa malu kerana lupa memberikan salam terlebih dahulu. Amir duduk disebelahku, lalu kami berbual tentang hal-hal yang mewarnai kampus ketika ini. Benar, Universiti di persisiran pantai ini mempunyai banyak masalah, hakisan pantai dan masalah pentadbiran menjadi tajuk perbincangan kami.
Sedang rancak berbual, pertanyaan Amir tentang suatu hal menyentak jiwaku saat itu, "Bro, ko rase kalau aku taubat tuhan terima tak". Soalan diluar dugaan. "Kenapa tuhan tak terima pulak?" balasku dalam nada selamba tetapi penuh perhatian. "Banyak kot dosa aku, bertimbun bai".
Adakah menjadi suatu masalah bagi Allah untuk mengampunkan dosa hamba-Nya? Kadangkala kita terlalu berfikir  tentang dosa dari taubat itu sendiri. Allah memasukkan seorang pelacur yang memberi anjing minum kedalam syurga, dan adakah menjadi suatu yang sukar kepada Allah untuk memasukkan kita kedalam syurga-Nya? Tiada yang mustahil buat Allah. Maka taubat adalah kunci penghapus segala dosa. 



Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". - Surah At-Tahrim (Ayat 8)
Allah tidak pernah meletakkan "Terma dan Syarat" dalam menerima taubat hambaNya. Ketahuilah, Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allah sangat menyukai apabila hambaNya merintih memohon taubat dariNya, dan ketahuilah kita sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk bertaubat meskipun sebesar mana dosa yang pernah kita lakukan. Maka manfaatkanlah ruang dan peluang taubat itu dengan sebaiknya sebelum kita dipanggil menuju ke destinasi sebenar.



MISS THEM

Dear blog, 



Nur Nisa Sharif, i miss u very muchh!
akue rindu kau laa sayang.
akue rindu saat2 kite stress then kite nyanyi nasyid kat MP3 same2
kite golek2 atas katil
the most important thing, akue slalu merempat dorm ko
akue rindu nak tido couple ngan ko laa
do you know, what?
akue tengah bersedih nie... :'(
akue rindu nak story mory ngan ko
kite berdua memang bermasalah kann sayang? hoho...
manja nye akue ngan ko nie
ye laa, kite kann TWINS

Nisa, nak tahu tak..? "dia" dah jauh dari akue
mmg dia takde niat nak tinggalkan akue
tapi akue rase sunyi sgt
akue rindu nak borak ngan die
kau tahukan die jaga diet akue? akue rindu nak puasa sama2 ngan die
akue rindu nak share story ngan die
seronok kawan ngan die
die sangat caring
susah nak cari hamba Allah mcm die
die sgt memahami hati mcm kite nie dan die hormati org mcm kite
akue sayang die nisa
sayang die sangat2 sbb die baik ngan akue
selalu ade time susah dan senang
akue dah beri kepercayaan pd dia utk jadi kwn baik akue
dialah kwn baik akue yg setia
cume sekarang...
die cakap die perlukan masa untuk lari dari dosa
ko tahukan ape maksudnye?
kite same2 tahu tentang perasaan die.
it's okey. akue tak kesah.
akue just harap akue tabah menunggu die
*lagu kite SEGENGGAM TABAH
doakan akue ngan die kawan baik selamanya. <3














for visitors, jangan layan sangat post yang nie. just luahan hati.
kalau tak faham. hiraukan. tak perlu fikir punn...
thanks... :)


Friday, December 23, 2011

Cinta Itu Nikmat tapi AWAS!


Cinta itu suci. Namun kita sebagai remaja yang baru setahun jagung terjebak ke kancah percintaan yang memberi nikmat seketika tetapi ibarat duri dalam daging yang akhirnya memakan diri sendiri.
Ya, memang benar cinta itu buta, tetapi hakikatnya kita yang buta dan tuli mengenal apa itu erti cinta. Natijahnya kini, cinta yang dicanang sebagai sesuatu yang suci dinodai dengan titik-titk hitam kemungkaran dan kerendahan maruah segelintir kita yang bersifat bodoh sombong mendefinisikan cinta sebagai sebuah ikatan yang menghalalkan yang haram.
Siapa yang harus dipersalahkan?
Tepuk dada tanya Iman.
Sudah terang lagi bersuluh, lebih separuh daripada kita pernah terjerat dengan kenikmatan cinta itu sendiri. Tidak kiralah yang terpaksa, yang rela atau suka-suka.
Tanya diri kita sendiri, adakah kita menghormati cinta suci itu atau perasaan cinta yang menjalar dalam segenap inci tubuh badan kita ini menjadikan lesen untuk kita merendahkan maruah kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada agama yang suci.
Remaja kini sudah tidak segan silu lagi melakukan perkara sumbang di hadapan khalayak ramai, dipaparkan dan dijadikan sorotan setiap hari.
Ternyata maruah kita seperti diperkotak-katikkan dengan kerakusan nafsu yang menjadi tuan dan raja sehingga kita diibaratkan seperti mengikut kehendak sendiri.
Keghairahan kita mengejar nikmat cinta sebenarnya menongkah arus tujuan kita diberi nikmat untuk menjadi dewasa. Matangnya kita bukan bererti kita matang untuk mengawal nafsu yang semakin beraja memerintah akal fikiran yang waras.
Buktinya, ramai antara kita yang semaki terdedah dengan gejala-gejala sosial. Maruah hilang entah ke mana, malu sudah tidak bertandang, takut kepada-Nya jauh sekali. Yang perempuan menggoda, yang lelaki tergoda.
Lemah sungguh kita sebagai manusia yang menjadi ciptaan Allah S.W.T yang paling mulia. Lebih parah pula apabila lelaki bersikap habis madu sepah dibuang. Yang perempuan pula bersikap pendek akal dengan cubaan membunuh diri. Padahal sikap mereka yang sebenarnya yang mendorong mereka menghancurkan hidup mereka sendiri.
Hakikatnya kini, bercinta itu sudah menjadi satu "trend" dalam kehidupan kita. Kita lebih cenderung mengelaskan mereka yang kononnya yang tidak bercinta atau 'couple' itu kolot, ketinggalan zaman atau mungkin juga tidak laku. Hal ini menyebabkan kita berasa malu dan mula ketagih untuk bercinta.
Realitinya, mereka yang berjaya mempertahankan perasaan mereka daripada dinodai 'cinta monyet' merupakan mereka yang teguh pendirian dan berhati mulia kerana tidak bertindak untuk dinodai cinta suci itu.
Apakah kita tidak malu berpeleseran dengan pasangan kita?
Ditayang-tayang, ditunjuk-tunjuk ibarat 'show case' lagaknya. Kononnya mereka sahaja yang mempunyai pasangan. Padahal, tindakan kita ini ibarat meletakkan muka dipunggung sendiri. Maruah pula jatuh tergolek-golek.
Siapa yang suka apabila 24 jam asyik muka kita sahaja yang berkepit seperti suami isteri ke sana ke sini tanpa segan silu?
Hakikatnya, perasaan malu, mual, menyampah seperti menunjah-nunjah melihat perlakuan mereka yang sudah dibutakan dan ditulikan oleh nikmat cinta. Ibu bapa pula seperti sudah tidak mampu melarang keghairahan anak mereka daripada terus hanyut dalam dunia mereka sendiri.
Yang peliknya, ibu bapa buat-buat pejam mata sahaja apabila anak-anak mereka pergi dan balik menaiki satu kenderaan yang sama dengan lelaki-lelaki yang entah siapa-siapa.
Perbuatan kita ini bukan sahaja menodai cinta itu sendiri tetapi juga menconteng arang ke muka kedua-dua ibu bapa kita. Usah mencipta kenikmatan seketika, kelak bias meruntuhkan maruah sendiri.
Allah S.W.T telah menentukan jodoh kita sejak lahir lagi. Tidak perlulah kita berfikiran kolot dengan mengejar 'cinta monyet' yang bakal mengundang seribu satu masalah dan kedukaan yang tiada akhirnya. Tiada manusia yang mati andai cinta itu tidak hadir dalam hati.
Jika kita memang benar-benar ingin merasai nikmat cinta palsu itu, letakkanlah nafsu dan Iman kita di atas neraca timbang. Pastinya nafsu lebih berat daripada Iman kita.
Mahukah kita menggadaikan maruah kita yang tidak ternilai harganya ini hanya untuk menikmati perasaan ghairah bercinta yang bertindak hanya seketika?
Yang menanggungnya pastilah perempuan. Seronok dan nikmat sama dirasai, kenapa derita dipikul sendiri?
Lelaki juga harus bertanggungjawab kerana 'bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi'. Sebenarnya dua-dua bersalah, kenapa yang harus menanggung malu perempuan seorang. Jadilah anak jantan sejati 'berani buat, berani tanggung' bukannya mahu buat selepas itu lari tidak cukup tanah. Buat apa jadi lelaki kalau hanya sekadar lempar batu sembunyi tangan, lebih baik jadi lelaki lembut tetapi bertanggungjawab. Ini semua gara-gara cinta.
Cinta itu menghayalkan. Cinta itu membuat kita alpa tentang segalanya. Lupa dunia, lupa Akhirat. Begitulah cinta itu. Kadang-kadang cinta itu sesuatu yang nikmat tetapi awas. Disebabkan cinta, kita sebagai manusia hilang maruah diri dan pengangan agama entah ke mana. Yang menanggungnya kita. Bukan oang lain.
Tidak salah bercinta andai kita mampu mengawal nafsu serakah daripada menjadi tuan dan juga tidak berkelakuan jelek di hadapan orang ramai. Bagi mereka yang belum merasa nikmat cinta itu, berbanggalah kerana anda mempunyai harga diri yang tinggi. Jaga diri jangan terlalu dibuai perasaan hingga tergadai maruah.

Thursday, December 22, 2011

THANK YOU ALLAH :)





 pada malam before amek result,
akue rase sangat2 tersangat2 berdebar. hanya tuhan sajaa yg tahu
risau sangat apa akan jadi esoknye
tibe2 terasa nak berinai
lagipun *Amatullah Amirah ade bg satu inai after die balik umrah dlu
so, pakailah. saje nak hiburkan hati
*padahal tgh gementar untuk amek result esoknye

KEESOKAN HARINYA.....

ouh! Ya Allah! takut sgt. risau gile dgn result.
tak henti2 akue berdoa
then, bile on da way 
off to SELANDAR.... dapat call dr auntie
my cousin *Aizzatul Aeisyah dapat straight A's!!!
ish! buat akue takut betul.
bestnye... dah dpt result. alhamdulillah..
tibe2 akue plak meleleh dlm kereta
seriously akue da menangis awal2 dalam kereta 
sbb risau ta dapat straight A's mcm cousin akue tu
ye laa, dulu kiteorg same2 dpt 5A UPSR
so, time tu sgt berharap result akue same ngan die

SAMPAI KAT SEKOLAH.....

kaki cramp pulak time nak turun kereta
cuakk betol!
then akue duduk le ngan kengkawan sementara tunggu pengetua
borak2, konon-konon nak hilangkan rase nervous
kan tangan akue berinai 9A uhh
dengan segannye akue taknak tunjuk punn kat dieorg
siapa yg perasan, akue asyik masukkan tgn kanan dalam poket
bkn ape, takut malu nnti
ye laa dah la dgn harapan yg sgt tinggi pegi tulis 9A
sekali kalau ta dapat buat malu jek
*its' okey laa at least ade cita-cita
10minutes later, pengetua sampai........
akue berlari tarik kerusi dok sebelah ibu
dupdapp! dupdapp!
bile diumumkan nama akue straight a's
Ya Allah! betapa bersyukurnya akue... betul2 tak sangka
Alhamdulillah... Thank You Allah! :)
menangis gembire akue kat situ
rasa sangat2 tersangat2 bersyukur... hanya tuhan sajaa yg tahu
akue peluk cium ibu sampai puas
terharu sangat2 siapa sangka...?
tahun nie, sekolah dapat result terbaik dan meningkat
64% dari kiteorg straight A's dimana 57 orang
lebih kurang 20% dapat 8A
result tahun nie dalam SBP rangking ke-22
subjek dalam rangking melaka ta silap...
bahasa melayu ngan english no. 1
mathematics, science, kemahiran hidup ERT ngan arab no. 2
geografi, agama ngan sejarah no. 3
* kalau tak silap laa. sorry klau salah inform
i's not my fault. hehe...
kuasa Allah... rezeki akue kali ini. akue patut bersyukur
tak sia-sia berdoa siang malam
 lepas salam cikgu semua and say thanks
habis event terus balik
ibu asyik2 tanya nak hadiah ape?
akue ta boleh nak jawab. terkelu. masih terharu.
ta pikir ape2 punn lagi
then mesej kat phone menimbun wish congrates
akue pun mintak ibu topup RM10:)
lepas tuhh mesej le smpai lebam
tak disangka2 pecah rekod akue nihh...
tak smpai sehari baru topup
dari RM10 tinggal 8Osen jek dalam sehari tuhh
hakhak! :D
kalah mesej ngan pakwe
*nasib baik tade pakwe, kalo tak pokai akue
lastly, nak cakap Thank You Allah!
Alhamdulillah...
terima kasih terutamanya kepada 
guru2 yg telah banyak berkorban, rakan2 yg byk membantu
kenalan ramai yg sudi mendoakan
terima kasih semua... syukur pd Allah SWT.