Monday, May 30, 2011

HIDUP TENANG BERSAMA ALLAH




Tenang...
Tenangnya hati tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
Tenangnya jiwa tidak boleh dipinjam oleh sesiapa,
Tenangnya akal tidak dapat di capai dengan kekusutan dunia.

Tenangnya bersama Allah,
Ketika aku tidur, Engkau selalu jaga dan melihatku lena,
Ketika aku sakit, Engkau menghapus segala dosa-dosa yang lama,
Ketika aku sesat, Engkau tarik aku kembali ke jalan-Mu,
Ketika aku sujud, Engkau hadirkan ketenangan dan harapan yang baru.

Tenangnya bersama Allah,
Engkau penjagaku setiap masa,
Memerhati setiap gerak geriku,
Mengabulkan doa-doa ku,
Dan membuat ku rasa selamat.

Tenangnya bersama Allah,
Bila keyakinan terhadap Mu telah tinggi,
Maka aku tidak takut lagi,
Tidak takut untuk mencari-Mu ketika aku susah,
Tidak lupa untuk memuji-Mu ketika aku senang,
Dan tidak sanggup untuk aku mengulangi dosa dan maksiat lama.

Tuhanku,
Aku rasa tenang bersama-Mu,
Dan aku ingin kembali untuk bertemu dengan-Mu,
Dalam keadaan yang Engkau redhai,
Kabulkanlah doa ini, Ya Rabb...

PMR iz coming!!!





PmR is around da corner... Ramai yg mengatakan PMR senang. senang sangat ke??? xkiralah apepun yg penting klau nak dptkan straight 9A's mmg kene blajo jgak kan... mengikut konsep qada' dan qadar, kite perlu berusaha dahulu bersungguh2 barulah bertawakal kpd Allah... ikhtiar dlu betul2. peperiksaan nie dikira Qada' Muallaq dimana kejayaan manusia bergantung kpd usaha dan ketekunan namun hasilnya tidak dpt diketahui sblum ia berlaku... ceyh~ Nur Izzati Najihah dh mule masuk bab agame:) mentang2 baru belajar tjuk Qada' dan Qadar... huhu~ xcaye check textbook PAI F3 page 152. haa... mesti ustazah zurina bangga akue praktikkan dlm blog. alhamdulillah~

so, utk semua calon2 PMR tahun 2011, good luck! do your best. doakan kejayaan bersama. belajar sama2, berjaya sama2 okey? especially F3 SBPI Selandar... semoga result kite GEMPAK! xkira lah sama ade maintain, meningkat ataupun 89org 9A... [amiiin...] asalkan kite xdown... okey!

- bahasamalaysiakertas1 bahasamalaysiakertas2 englishpaper1 englishpaper2 mathematicspaper1 mathematicspaper2 sciencepaper1 sciencepaper2 pendidikanagamaislam bahasaarabkomunikasi sejarah geografi kemahiranhidup - [9A's]