Pages


Monday, March 14, 2011

DEMI CINTA ALLAH

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

Friday, March 11, 2011

3 SATRIA

bolehkah 3 SATRIA menandingi 2 SATRIA??? ceyh~ceyh~~
setakat nie belum boleh decide laa.. baru 3bulan ak? relax dlu... tp seriously 2 Satria or 2knightmare tahun lepas mmg byk dugaan la. laki perempuan asyik gado jep. boley jd stress jgak. ade tu smpai menangis. very sweet x? kiteorg dh mcm adikbradik. gado bersatu kembali. hahah! ade mase kiteorg unite gile, tp ade mase boleh jd perang dunia. lelaki anti perempuan laa. perempuan anti lelaki laa... dulu akue mmg menyampah laa dgr dieorg kuat menganjing. sgt menyakitkan hati and very unsatisfied! kite org hampir nak membenci pun ade jgak sbb dieorg kekadang suke buat fitnah. kiteorg sabo je melayan. And lastly, kiteorg unite jgak. skrang rase sgt merindui saat2 dlu. ye x???

This year, maybe terasa lain sket sbb dah asing2 kelas. bab2 menganjing biase laa tuh. dh lali dan sebati. akue rase lelaki yg paling menggedik dlm kelas tu AMIRUL SHAHIRAN laa. die punye bajet masyaAllah... dh xtau nak ckp ape lg dah... yg peliknye byk pulak gossip form thn nie. akue bkn nak kerek, bajet or whatever. seriously, xnak perasan pun sbb akue tahu dieorg sesaje je memain kan? tp akue layan je. klau x, nnti kate akue sombong.

Yg penting akue mmg stress ngan result exam! xboley jd nieyh... kene lebih byk usaha kawan! doakan akue ye... kesian ibu asyik2 tgk result akue yg SGT MENGECEWAKAN. dh lah akue pengawas yg paling bwh dlm result exam tu. sgt memalukan. Ya Allah.... beri akue kekuatan selagi akue belum mengalah. usaha Jiha! good luck! chaiyok...

PMR CANDIDATE 2011 WANT 9A's!